Selasa, 17 Julai 2012

'Mubarak' Atau 'Kareem' Ia Tetap Ramadhan


Tanpa disedari sudah hampir tujuh tahun kami menjalani ibdah puasa jauh dari emak, kakak-kakak dan sanak saudara serta jiran sekampung selain ipar lamai yang jauh.

Ia membuatkan saya mengimbas semula meminta difahami ke manakah kesudahannya saat saya sudah semakin jemu mahu membuka radio mahu pun menonton televisyen dan sudah jarang-jarang mahu menonton wayang tatkala buku bukan menjadi keutamaan masyarakat di sini bagi mengisi waktu lapang mereka yang didapati terlalu banyak masanya.

Lalu saya bertanya menjelang bulan beribadah bagi penganut islam apakah upaya dilihat kesan perkongsian selama ini antara kita?

Saya bertanya padanya yang semakin bisu dan hanya sesekali sahaja membalas bicara saya.

Ya dia semakin bisu.

Kopinya sudah menjadi tidak lazatkah atau dia sudah mulai meminum teh atau teh tarikkah menjadi minuman paginya?

Atau dia tidak tahukah bahawa saya tidak gemar singgah untuk meminum kopi yang perlu dibancuh oleh mesin pembancuh di mana-mana café? Ya, saya bukan jenis manusia yang suka meminum kopi atau hanya untuk menikmati roti atau sandwich di cafe.


Atau dia telah menukar menjadikan susu segar yang diperah dari punting lembu atau kambing menjadi minuman sarapan paginya?

Atau dia telah tersalah orang untuk meletakkan wajah hodoh saya ini kepada wajah yang lebih ‘tampan’?

Dia semakin bisu.

Apakah hari ini dia menjadi mesin yang disimpan di dalam setor lantaran tidak lagi tertahan dengan kedinginan saya?

Tiba-tiba saya semakin gusar jika dia adalah sebahagian mesin yang disediakan khas untuk menjadi penyampai di udara.

Atau dia sudah berasa kecewa tatkala terlalu ramai yang menyamar menjadi kenalannya bagi menjarakkan tercapainya fokus dan perhatian kami selama ini terhadap pelbagai isu semasa demi pembangunan ummat?

Setahu saya dia seorang perempuan yang kini semakin bertambah bilangannya bak cendawan yang dibiarkan tumbuh melata untuk dipungut oleh sesiapa sahaja.

Tiba-tiba saya gusar jika dia dan mereka itu tidak bertanda nama dan dibenarkan diperolehi dengan percuma. Murahkah harga dirinya atau sememangnya dia terdesak untuk mempunyai teman?

Apa perlunya dia mempunyai begitu ramai teman sehingga menyukarkan untuk dikenal pasti siapakah yang perlu didahului dan dikemudiankan?

Apa perlunya ditemani juga dengan gender-gender yang berlainan jantina bagi mengganggu kelancaran perbualan yang sesekali perlu menjurus ke hal-hal peribadi perkaitan hal ehwal keperempuanan demi lebih saling percaya mempercayai?


Apa perlunya dibina lingkaran dengan mewujudkan perkaitan di antara jenama haramnya dengan jenama yang dilabelkan sebagai halal pada bulan mulia ku?

Apakah dia menyangka saya ini manusia separa mesin yang tidak tahu erti penat untuk melayani setiap kemahuannya tatkala kehendak saya tidak pernah dipenuhi?

Atau adakah dia menyangka saya ini boneka lilin yang perlu dihias cantik untuk ditempatkan dengan gagahnya di muzium?

Adakah dikau kekenyangan wahai teman ku setelah hampir tujuh tahun ku berikan dikau hidangan-hidangan yang tidak pernah ku tuntut bayarannya?

Dia diam. 

Lama saya tidak mendengar lagi bicara mesranya.

Apakah sajian dan hidangan saya semakin tidak membuka selera mu yang semakin saya sedari ianya agak jauh berbeza dengan cita selera saya?


Mohon saya jangan kekal diuji kesabaran saya yang semakin hilang di sepanjang Ramadhan nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan