Khamis, 15 November 2012

Selamat Tahun Baru

Catatan 'Laila' sempena tahun baru 1434 khas buat rakan-rakan di Mozah Centre dan Maryam Centre

Sepinya tahun baru mu
Sunyinya
Heningnya
Damainya
Tenangnya...

Bagaikan hijrah itu bukan penanda jenama mu
Bagaikan hijrah itu tidak terjadi di bumi mu
Bagaikan hijrah itu bukan pembina jati diri mu berbudaya
Bagaikan hijrah itu bukan kalimat dari bahasa mu
Bagaikan hijrah itu bukan dimensi mercu pengubah dunia...


Sepinya tahun baru mu.


Apakah Muharram bukan kalimat laras bahasa mu
Tatkala ia muncul setelah malam mencetak alam
Semalam Zulhijjah menyerbak wangi
Kini Muharram mu sepi
Kelmarin
Hari-hari Tasyrik mu gempita dengan ucap talbiah
Kini Muharram mu menjadi sunyi
Sehingga daku mencari-cari haruman wangi talbiah itu
Tatkala Muharram 1434 perlu disusun urus seganding fikrah Nabi Yusuf
7 tahun menanam sebelum 7 tahun menuai...


Bukankah Buruj bukan 'burj'?
Tatkala bebintang adalah At-Thoriq
Pemalu angkasa.

Upayakah kita saling curiga tatkala Al-Qalam mu ku telaah tanpa pura-pura
Tanpa hasad
Tanpa iri
Tanpa khianah

Tatkala mana Firaun ingin mengetuk kaki langit
Berbatakan lumpur kering yang membekas kerasa
Bagi melihat Tuhan Nabi Musa

Menterjemahkan bahawa satelit angkasa
Sudah kian boleh berbicara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan