Khamis, 1 November 2012

Se Per A

Menaakul kemudahan medan interaksi yang diwujudkan oleh Amerika seperti Twitter dan Facebook selain blog sering membuatkan minda ini berkeluh tertanya, siapakah yang untung dan siapakah yang berasa dirinya rugi?.. tatkala sistem media menyusun dominasi pada kesempatan komunikasi yang tidak disedari oleh kebanyakan pengguna...

Lalu dicatatkan keluh tanya tatkala memandang skrin facebook dan twitter :

Saya tidak mengenali anda semua tatkala mereka yang mengenali saya tidak mahu bersapa malah membisu seribu kata...

Usah letakkan saya di dalam kotak walau pun bungkusannya berkilau bagaikan emas...

Saya sekadar membuktikan saya juga orang yang berbangsa, bernegara, beragama, bernama malah bersaudara walau pun saya melintasi jalur udara.

Tetapi kelian yang gagal membuktikan bahawa saya sebangsa, senegara, seagama, walau pun di antara kita mempunyai nama yang berbeza. Malah saya diumpamakan berada di dunia lain jauh terlontar dari realiti dunia yang menjadi tempat saya berdiri.tujuan pengiriman satelit ke angkasa menurut kehendak yang diinginkan

Apakah khilaf saya yang mendengar dan menonton dengan memenuhi tujuan pengiriman satelit ke angkasa menurut kehendak yag diingini oleh pengirim satelit tatkala terasa bagaikan tidak rasional mempersaingkan sehingga mengsengketakan penerokaan rintisan komunikasi pada jenama radasnya sehingga dirakamkan semua aktiviti laku dan aksi hingga tidak tersembunyi rahsia?

Lupakah Allah merakamkan setiap aktiviti rahsia kita?

Lupakah juga bahawa konsep se per a juga adalah khilaf tatkala dua adalah asas untuk mula berpadu?

Jika semuanya berada di dalam sekumpulan, apakah diperlukan perselisehan dan sengketa melalui dilemma bagi mewujudkan konflik yang upaya memisahkan malah mengucar kacirkan hubungan tatkala saling sedia berbantah sebelum diwujudkan semula usaha dan proses penyatuan?

Dia membuatkan saya tersenyum.

Ikut-ikut sahaja amat membingungkan tatkala se per a itu tidak sama keperluan, kehendak dan usahanya malah pendekatannya juga tentunya mengikut adat lazim budaya falsafah sosial masyarakat tertentu...

Jangan ikut saya bila ia membuatkan diri mu berasa sukar dan susah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan