Khamis, 28 Januari 2010

Bukan Milik Kamu

"Saya ada masalah Cikgu."

Cikgu meletakkan kaca matanya di atas kepala sambil menjeling.

Sebagai murid yang tidak bertuah nasibnya walau pun persoalan yang baik sering diutarakan masih dituduh penabur helah untuk diundang balah.

"Bagaimanakah kenaikan harga minyak diabaikan dari membawa makna kegagalan di dalam ekonomi?"

"Kamu di pihak pelabur atau penaja pelabur?"

"Jika saya penaja pelabur luar saya rugi Cikgu kerana perlu membayar cukai yang tinggi berbanding pelabur yang untung gandaannya digalakkan demi penjimatan cukai pendapatan."

"Bijak."

Pujian pertama cikgu setelah lama membisu oleh radang yang tersembunyi dek lelah mendengar rungutan.

"Adakah kesan dari aktiviti penyelamatan syarikat yang mengalami kerugian kerana wujud lebihan wang di dalam pasaran?"

"Kamu mengambil contoh dari mana?"

"Cikgu terlebih tahu jawapannya,"senyuman dilemparkan berbalas senyum.

"Adakah kamu berpendapat upaya diwujudkan khazanah yang dinilaikan oleh kekuatan nilai mata wang sendiri?"

"Jawab dari sudut moral boleh Cikgu? Adakah tidak perlu diperhitungkan kehendak dan keperluan kebajikan negara yang mahu dijadikan rakan kongsi Cikgu?"


"Cuba jawab adakah minda muslimin wajar diperolehi secara percuma sahaja sedangkan mereka yakni pemikiran intelek malah karyawan barat ditaja dan didanakan dengan jutaan wang dari negara arab menerusi teknologi?"senyuman cikgu tidak jujur dan sinisnya menangkap hulu dan hilir minda.

"Siapakah yang mundur saat ini pemikirannya Cikgu? Masih pihak muslimin?"

"Televisyen menggunakan sepenuhnya kemahiran dan kebolehan minda manusia masa kini, asia umumnya untuk diambil idea kreatif yang digunakan semula ke atas minda kita, kamu boleh lihat pengiklanan sahaja upaya memperagakan keupayaan seluruh negara."

"Namun keterlaluan mengeksploitasikan medan dan media eletronik tanpa keizinan dan di luar pengetahuan malah tidak pula upaya dilindungi oleh undang-undang apalah maknanya Cikgu."

"Amalan tidak sihat ada di mana-mana. Buku apa yang sedang kamu baca?"

Senyum sahaja lebih baik dari berkata-kata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan