Selasa, 19 Januari 2010

Kemanusiaan/Keinsanan Perlukah Persaingan?

Keganasan bukan agenda perubahan !

Penipuan bukan agenda demokrasi !

Bagaimanakah sedekad abad taraf kewarganegaraan masih menjadi pertaruhan sehingga jaminan keselamatan warga amat menzahirkan kelemahan dasar pegangan?

Apakah ukuran kedamaian apabila upaya difahami bahawa perubahan adalah dengan memberi keyakinan untuk memulihkan kehidupan membela nasib warga yang memberi kepercayaan tetapi sering politik dan struktur polisi memecahkan perpaduan oleh fanatik idea nasionalis yang dihasratkan ?

Agenda keamanan adalah memperluaskan makna dan erti demokrasi menerima pemilihan yang menjadi perwakilan dan memperkuatkan jentera pemerintahan tetapi andai masih tekanan keadilan warga menjadi mangsa korban, siapakah yang dilindungi oleh undang-undang?

Pemimpinkah atau warganya?

Sejauh manakah relevannya apabila menjadikan kelaparan yang dinatijahkan oleh sekatan ekonomi sebagai senjata yang meragut nyawa manusia ?
Justeru itu bagaimanakah alaf ini mengukur makna kemajuan peradaban ?
Melalui teknologi dan sains sahaja tanpa pengiktirafan moral yang turut membina intelek untuk etika dan pengintegritian rasa kebertanggungjawaban cetusan dari agama tidak lagi mampu diabaikan.

Pernah dahulu diajukan pertanyaan sukarkah untuk membuat pendirian terhadap masa hadapan yang belum berlaku apabila masa kini dilihat sebagai imaginasi sedangkan kita sebenarnya berrealiti?

Kita masih mahu menjadi penonton sahajakah tanpa turut terlibat menjadi perintis ‘dunia baru’ bukan semata-mata mencipta ‘peta baru’ yang bermotifkan komunikasi teknologi bermaklumat tetapi tanpa kebebasan media untuk informasi yang tepat lengkap adil dengan nilai saksama untuk kemanusiaan dan kesamarataan dari segi undang-undang untuk tujuan terjamin pemeliharaan keselamatan.
Alangkah mulia diri insan andai bersama memahat untuk menjadi warga yang diperlukan bukan dihindari oleh isu-isu yang tindak tanduknya jelas memaparkan perwatakan sebenar siapa diri kita.

Bagaimanakah kita menyahut tuntutan akhir zaman?
Dengan kemusnahan dan pembinasaan alam dan manusia?
Dengan pembaziran sumber alam yang semakin mengecil sedangkan yang mundur oleh miskin semakin mengembang dengan pesatnya?
Milik siapakah tuntutan akhir zaman ini andai Muslimin digelar fundamentalis yang fanatik akibat dari berhukum dengan perundangan Al-Quran, Kristian didakwa liberal oleh kemajuan zaman, Yahudi dianggap tidak toleransi oleh agama yang tidak berkembang?

Lalu siapakah yang paling benar kata dan perbuatannya di antara kita?

Ditulis semula : 30/12/2008 - 0712
Diulang cetak : 19/01/2010 - 0429

Tiada ulasan:

Catat Ulasan