Selasa, 26 Januari 2010

Oksigen dan Hidrogen - H2 O

Akhirnya berkesempatan melihat filem yang diwar-warkan sebelum ini dan malangnya tatkala mulai catatan dinukilkan hilang fokus di tengah jalan tatkala terpaksa memadamkan litar siber dan frekuensi kerana saya tidak bermula dengan mereka sewaktu mula mencatat di sini.

Berbekalkan belian emping bertih jagung yang berjumlah 75 riyal sebelum dihitung kos belian tiket yang menggunakan kaca mata 3 D (55 riyal digandakan dengan 5) dan minuman korbonat saiz besar juga mineral suhu bilik ia jelas mendukacitakan pemilik dompet.Keseluruhan 400 riyal perlu ditanggung hanya kerana Avathar.

Pengadaptasian oleh semangat pesta kejuaraan bola sepak dunia yang buat pertama kalinya di adakan di Afrika sukar dihindari dari minda tatkala pertama kali melihat karektor manusia yang diberikan sifat haiwan dengan deria visual dan auditorinya.

Lukisan-lukisan emosi dilakarkan oleh minda yang dipetakan di atas bingkai kaca yang menerjahkan kekuatan spiritual yang disatukan oleh niat yang benar dan jelas upaya membinasakan peralatan yang diciptakan dengan kepakaran dan teknologi tinggi apabila ia dilakukan bertitik tolak dari niat yang khianat.

Senario perkakasan digital yang tidak ditemui penggunaannya di kebanyakan negara antara petunjuk jelas kewujudan kezaliman kesan dari agihan pengetahuan yang tidak sekata dilaksanakan pada mellinium ini mulai terzahir meski dekad kian bertambah usianya.

Pelaburan bagaimanakah memunasabahkan untuk dinilai keharusan mesin-mesin berteknologi tinggi upaya ditewaskan oleh senjata-senjata tradisional?
Nilai positif dari Avathar.

Kisah Puteri Mononoki anime Jepun satu ketika dahulu mengitar semula di minda.

Bertindih rumit gangguan di minda menggarap soal diskusi bincang dan tanya bagaimanakah manusia yang menciptakan kemajuan di dalam peradaban ini menjadikan diri mereka juga yang membinasakannya?

Bagaimanakah mahu dihakimi keadilannya?

Kepimpinan tanpa panduan Rabbani dalam membina idea dan tindakan sering meninggalkan natijah yang pahit atas usaha sendiri akhirnya dihayati oleh watak-watak pengkaji alam dan sains bahawa budaya tidak wajar diatur oleh kekayaan yang diutamakan oleh kebanyakan korporat.

Kedamaian oleh sentuhan warna dan garapan lukisan minda melahirkan jiwa yang tenang… namun sekali lagi kewujudan entiti muslim ditiadakan tatkala dicari sentuhan paparan berpluralisme masyarakat yang kini berarah kepada dokongan liberal yang didakwa mahu diaplikasikan.

Pertataan upacara keagamaan seperti di Bali apakah mengusahakan kesediaan masyarakat untuk kembali beragama?
Percampuran syrik dan Keesaan Tuhan tidak mungkin diterima walau pun telah lama menyebati menjadi warna kehidupan muslim. Dan malam ini Cik Puan di CNN mengesahkan pengharaman burqa di Perancis menzahirkan sifat talam dua muka upaya berlaku kepada sesiapa juga.

Peranan Khalifah itu bukan tugas sembarangan yang upaya diberikan kepada sesiapa sahaja. Apakah kemunduran mukmin lagi yang diwacana sementelahan pendajjalnya bukan lagi rahsia?

Armada mesin dan jentera berat merestui pembangunan baru di tanah yang bermilik susurkan kehalusan budi pekerti tetapi di mana akhlaknya?

Sinis minda menajamkan rasa ditindihnya ulang kata apakah tamadun masa hadapan mahu mengembalikan kerasionalan menggunakan pakaian asli manusia? Masih nilai seksualiti menjadi tema dan mesej asli holly wood beridentiti.

Masa depan infrastruktur sains dan teknologi andai masih berdasarkan pada kewujudan ‘pengganas’ ekstrimis untuk dijana kewibawaan perintis masa kini ia benar-benar kelihatan mimpi.

Agak relevan catatan yang dilakukan sebelum menonton filem ini iaitu bagaimanakah upaya dijejak sumbangan minda muslim pada setiap carta ubah rungkai susun atur rangkai selenggara selia piawai patern bingkai bentuk ukur tempa ‘trend trade mark’ pada sudut fizikal materialisme spiritual rohani jasmaninya meski iramanya mahu disatukan gelombang techno dengan klasik, hip hop dengan jazz, tradisional dengan genta rap soul dan lain-lainnya untuk menjadi asbab bahawa muslim itu cenderungnya pada aktiviti radikal militan fanatik dan ekstrim?

Di mana tertinggalnya minda dan identiti muslim di mellinium ini dalam pengesahan untuk dibanggai membawa Rusia ke Amerika?

Emosi saat ini kerana sejak sebelum bermula Perang Dingin sehingga sesudahnya masih Muslim masih muslim masih mereka yang entah di mana diletakkan untuk dicari entitinya – air mata masih berbeza alasan untuk dititiskan kerana kesemuanya mesti berprofesional dan rasional ia dilakukan juga berkelayakan untuk disalurkan rangkai dimensinya.Dan tamatnya Perang Dingin, kian diarak untuk membaratkan Rusia di Amerika namun mengapa masih 'terrorist' itu juga menjadi isu, pada wajah warga siapa yang diundang bertegang suara?

Demokrasi yang masih berintikan imprealis?
Bagaimanakah didepani keberdayaan aktivitis dilihat lebih memahami realiti cabaran semasa yang memungkinkan mereka mewakili kepimpinan bagi membaik-pulih fungsi kerajaan?

Watak istimewa oleh pelakon berkerusi roda upaya mewakilinya atau masih wujud komuniti The Thule yang selidik kajinya masih berwacanakan hubungan dengan alam ghaib?

Bagaimanakah mempelajari sains tanpa akidah?
Avathar membuka persoalan positif untuk kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan