Isnin, 11 Januari 2010

Di Manakah Wanita?

Kita masih mahu bersolusi pada peneutralan sikapkah?

Sejauh manakah ia menempatkan penghormatan kepada perbezaan agama, budaya, sosial dan sejarah sehingga permasalahan isu kemanusiaan warga-warga di wilayah yang didiskriminasikan dilakukan oleh generasi yang sama nasab dengannya?

Apakah pemikiran perlu didanakan di mana kita meminta orang lain memikirkan keperluan dan kemahuan kita?

Kemunduran muslim perlu digalaskan kepada siapa apabila ummah masih menyisihkan mukmin dan berpasarana bahawa pemikiran mukmin merugikan dunia.

Sejauh manakah tawaran perbankan keewangan memberi kesan ke atas keseluruhan sistem keewangan yang didominasikan oleh barat?

Pembasmian kemiskinan fizikal tidak sama dengan kemiskinan rohaniah lalu adakah kemiskinan kerohanian barat (Amerika khususnya) menjadikan kita perlu memiskinkan pasarana fizikal kita walau pun sesetengah negara telah lama merdeka dan tidak sukar memahami realiti pendidikan yang telah menukar kebanyakan muslim untuk menjauhi kefahaman islam secara syumul.

Bagaimanakah mahu dipulihkan kepercayaan kepada kepimpinan arab yang tidak sedia mengagihkan kekayaan sumber alam di bumi barakah anbiak ini kepada yang berhak dibantu berbanding kesediaan mendana projek-projek untuk digunakan sebagai proses membaharui penguasaan kuasa dan politik?

Tuan milik Darfur,
Adakah kerajaan dibenarkan meng’abuse’kan warganyasendiri oleh pasukan keselamatan mereka?

Tuan TV Press,
Adakah HAMAS memiliki sayap Wanitanya?

Tuan Doha,
Tuan memilih Amerika menstukturkan ‘kelemahan’ negara ini yang menyamai negara-negara Teluk lainnya dan andai mahu ditunding jari, ke arah siapakah mahu ditunjukkan tatkala kesedaran ummat dan muslim umumnya kian peka mereka perlu membina kekuatan sendiri yang upaya memakmurkan dan menstabilkan keharmonian dunia yang kekayaan sumbernya tidak disia-siakan.

Catatan-catatan ini kini mahu dijadikan sesalur media interaksinya dengan mindanya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan