Rabu, 13 Januari 2010

Catatan Yang Tersimpan

"Perlukah ada tawaran untuk menjadi warganegara global?"

Ini hanya pertanyaan.

"Bagaimanakah produk negara dilahirkan apabila antara individu dipropagandakan untuk membukti ketaksuban oleh penguasa yang inginkan terus dijulang parti bukan kebenaran?"

Ini tanda demokrasi kini lebih dimengerti.

"Namun bahan cemar di dalam merealisasikan diplomasi anutannya masih dikelirukan oleh peringkat tertinggi penjawat yang mendapat amanah. Umpama air nampak jernih bersih akan tetapi wujud mikro organisme yang seninya berhayat berabad lamanya. Tanpa pengamatan tidak akan tersua lebih dua puluh satu jenis bahan kimia bukan organik yang memberi kesan secara perlahan kepada 'sistem' edaran dalaman tubuh manusia yang mempasifkan kekreatifan untuk fikiran menjadi aktif."

Ini ibarat tuduhan.

"Siapakah yang sepenuhnya bertanggungjawab membasmi dan menyingkirkan pencemar-pencemar yang akan membahayakan ini?"

Ini kelihatannya mencabar.

"Mampukah media menjadi alat mendidik dengan penggunaan teknologi yang mempelbagaikan pendekatan?"

Ini menzahirkan kemesraan!

"Apakah nyalaan kayu api hanya mahu menjadi bara?"

Ungun api upaya menyebarkan hangatnya?

"Siapakah Najasyi jika bukan raja yang hebat yang memahami bahawa Nabi Muhammad SAW dan Nabi Isa (as) itu bersumber dari satu punca?"

Hanya seorang yang hebat sahaja tidak akan memandang rendah kepada yang tidak berupaya ditewaskan tanpa senjata.

"Mata yang dapat memandang tidak sama dengan yang perlu dituntun jalan oleh buta tanpa cahaya."

Renungkanlah kisah Raja hebat bernama Raja Najasyi yang bertanya kepada Jaafar Bin Abi Talib bagaimana ajaran Nabi Muhammad (saw) mengenai Nabi Isa (as)?

“Sesungguhnya Nabi Isa (as) adalah hamba Allah dan RasulNya manakal Maryam ibunya perawan yang suci.
Balas Raja Najas,“Sesungguhnya tidak ada beza seujung kuku pun ajaran Isa bin Maryam dengan ajaran nabi kamu.”

Ini maknanya ditanyakan bagaimana Nabi Isa (as) dianggap anak Allahkah?

"Tidakkah benar wujud perkongsian tanpa rela yang dirayu menjadi sukarela?"

Wahai orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.

"Mampukah sosial hanya dididik oleh cetusan pemikiran zaman yang sudah berlalu pergi sedangkan kesejahteraan rohani tidak bersama kemajuan zaman?"

Ya, semuanya ini hanya pertanyaan.

Boleh pula dia tersenyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan