Ahad, 3 Januari 2010

Permaustautinan di Teluk.

Saya berhadapan dengan kesukaran untuk memiliki keyakinan tatkala mahu memilih jenis-jenis penggunaan huruf di Microsoft words.

Minda berdilemma kerana tidak ada satu jenis tawaran huruf itu membenarkan kejatian peribadi ini dilestarikan yang sekali gus menterjemahkan keupayaan bahasanya didirikan sama inggi dan didudukkan sama rendah dengan bahasa-bahasa lainnya.

Jenis pilihan huruf yang mana benar-benar menampilkan entiti kewujudan diri ini?

Terganggu seketika tatkala pengkayaan pemikiran yang bernahukan pengalaman tidak menjadi pelajaran untuk dinikmati…

Menilek mengamati seorang warga emas yang begitu dikasihi oleh warganya di televisyen mengujarkan beberapa pertanyaan yang tidak upaya dibebaskan seperti mana dahulu saat pita-pita gelombang kian memudarkan kepercayaan oleh kepantasan bergeraknya ke setiap jisim kehidupan yang tidak terikat erat pada bumi dan lingkaran tarikan sisi magnetiknya.

“Kita masih perlu bersolusi pada peneutralan sikapkah Tuan?”

Melempiaskan radikal-radikal bebas yang bersarang sekian lamanya pada sinar ultra ungu siri penjelajahan ke rupa bumi gurun yang bersuhukan hampir di paras sejuk iklim Mediterranean tidak upaya menyejukkan radang yang masih kukuh menugukan kekuatan hati.

“Anak pula yang mahu dijadikan perisai kelemahan?” signikal keanak-anakan remaja mulai membuat onar hanya kerana membantah perlakuan seorang bapa yang memimpinnya berpilih-pilih dan bersukat tentukan piawaian.

Dalang menantikan imbuhan
Muncullah Tuan mahu pun Puan dengan keberanian
Bukan diperisaikan oleh jawatan
Kecut itu agar bukan menjadi umpatan
Dayus itu tidak pula diungkap sebagai pendajjalan
Tidak pula kelelakian itu dibentuk oleh kewanitaan!
Dan tidak pula didakwa wanita itu pula mahu menjadi jantan!
Usah dibentuk perubahan hanya demi kelumpuhan keintelektualan

Sabar !

Perkahwinan persemendaan di kalangan bangsawan kini menatijjahkan kemalangan kepada peradaban.

Apakah mahu dicari pada Kesultanan Melaka yang Sultan Mansur Shahnya beragama Islam sedang permaisurinya Ratu Majapahit masih beragama hindu saat itu yang kini semula menjadi lakaran pembiakan semula keturunan yang mencorakkan semula rupa diri warga dan masyarakatnya yang mengimpakkan susur galur genetik kemanusiaan.

Penjajahan pemikiran ini wajar didepani dengan kewarasan dan sedikit ego yang membuatkan rasa bangga dengan iman yang dibentuk oleh ilmu dan amal dan mewujudkan rasa penghormatan kepada Islam itu sendiri yang kini dipiawaikaan secara tidak adil oleh media hiburan di Holly Wood khususnya Amerika.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan