Sabtu, 23 Januari 2010

Satu Saat Dahulu

“Masih berprojekkan American Dreamer dan Survivorkah?”

“Ada idea lain?”

“Bagaimana jika dijadikan Taman Binatang juga sebagai projek?”

“Tidak berasa simpati?”

“Mengapa?”

“Ayam-ayam di pasar yang mahu disembelih untuk dijadikan makanan itu kebanyakannya tidak berbulu, kecil seperti bantut tidak membesar yang rupanya seperti anak-anak ayam tanpa diketahui jantan betinanya.

“Ayam begitukah yang dibekalkan menjadi menu kita?”

“Bulu ayam itu hanya terdapat di kepaknya sahaja. Waktu berhasrat mahu mendapatkan ayam segar memandangkan kerap sangat memasak ayam beku yang kecil dan sedang saiznya, saya telah ke pasar. Tatkala melihat rupa sebenar ayam yang boleh dianggap segar hati saya menjadi tidak karuan dan sebelum air mata merembes keluar, pasar daging ditinggalkan.”

“Ayam tidak berbulu! Sukar dihayati tatkala wujud lembu besar yang boleh diarak dibawa ke mana-mana.”

"Saya mahu tergelak. Berhentilah dari berlawak."

"Bagaimana jika kita menternak ayam yang dipelihara persekitarannya dengan kualiti yang tidak dicemari oleh sisa buangan dan bersih suasananya?"

"Kamu yakin suasana begitu ayam itu upaya membesar dengan fitrah aslinya sedangkan ianya dikurung."

"Lembu sahaja yang harganya ditentukan oleh berat daging."

Senyum dan tawa saling berganti.

"Apakah haiwan-haiwan ini miliki persamaan dengan kita di masa hadapan?"

"Mungkin kerana kita sama-sama memerlukan suntikan hormon untuk miliki awet muda dan kelihatan remaja pada usia yang senja."

"Namun haiwan tetap kelihatannya tidak mahu menyerupai dirinya dengan sifat manusia?"

"Bagaimana?"

"Reban, kandang dan kebanyakan kediaman haiwan ini berpintu yang terbukanya tidak berjaga."

"Dan haiwan ini tidak membakar diri walau tahu akan disembelih."

Serindit mendengar bicara yang amat dikenalinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan