Sabtu, 9 Januari 2010

Kejujuran Alaf Baru.

Dompet hadiahku buat suami tercicir di perkarangan salah sebuah hotel di sini berisi wang tunai dan beberapa kad pengenalan diri.

Kesusahan hatinya sembuh tatkala seorang pekerja dari salah sebuah negara asia menghubunginya menyatakan penemuan dompet itu.

Kami berbangga dan bersyukur kerana wujud kejujuran yang begitu bermakna buat kami sementelahan sama-sama ke sini mencari rezeki yag sudah pasti kesukaran memiliki perhatian dan kasih sayang keluarga di saat-saat mereka diperlukan memberikan pengalaman yang wajar buat kami berasa seperti saudara walau pun berlainanan negara.
Berhalamankan nusantara sebagai kampung tergambar di mata.

Saat anak menemukan lelaki itu ternyata telah digantikan dompet hadiahku itu dengan dompet yang lain yang jauh lebih kecil tanpa wang tunai meski kesemua kad-kad pengenalan diri disertakan di dalamnya.

Kejujuran alaf ini amat mengelirukan.

Sudut psikologi begitu rencam dihambat oleh kemelut sosial dan ekonomi.

Konflik berpendidikan mengkalaskan nilai-nilai moral dan etika bersantun budi dengan setiap jasa perlu dibayar dengan air mata.

Sadis sekali kejujuran yang dilahirkan oleh peradaban dan tamadun ini.

Wang upaya dicari tetapi kepercayaan sukar dijual-beli.

Terima Kasih Allah di atas asuhan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan