Selasa, 19 Januari 2010

Bagaimana?

"Amat wajar memahami bagaimana bahasa undang-undang mampu mengelirukan."

"Perlukah itu memusykilkan hatimu?"

"Adakah fungsi rakyat berakhir selepas kerajaan ditubuhkan?"

"Gencatan minda sebagai senjata kini mahu disarankan?"

"Tidak keterlaluan ungkapan gencatan itu menyerlahkan jiwa kerdil dan naluri ketakutan."

"Masihkah dengan kalimah perkataan masih mahu diisukan?"

Senyum.

"Tidak upaya dikenali antara yang hak dan bukan hak apabila wujud gencatan. Sukarkah mahu memahami?"

"Dikau mahukan aktivitis dilihat lebih memahami realiti cabaran semasa yang memungkinkan mereka mewakili kepimpinan bagi membaik-pulih fungsi kerajaan?"

Kali ini senyuman semakin manis.

"Apakah kita masih memerlukan ‘inovasi’ dalam berkebajikan dengan laras berasaskan penyamaan tragedi 11-9 dengan muslim menjadi mangsa atau embargo di Gazza masih dilapisi lagi oleh ketebalan tembok sempadannya?"

Senyuman tiba-tiba hilang dari wajah jelita itu.

"Apa yang tersirat tidak dikau suratkan?"

"Bagaimanakah kenaikan harga minyak membantu kerajaan berkebajikan dalam pengagihan kekayaan pendapatan negara berbanding meninggikan hutang yang memberi kesan kepada kehidupan warga sebaliknya apabila harga direndahkan penjimatan upaya menjadi konsep bagaimana pendapatan dibudayakan yang tidak semata-mata dijadikan pemangkin bagi memenuhi tuntutan pertumbuhan ekonomi pasaran dunia?"

"Berasaskan titik tolak yang bagaimana pembaharuan yang akan dilakukan selepas ini?"

"Mesin pengimbas yang membuka aurat kami."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan