Rabu, 11 Ogos 2010

Akan Marahkah Dia?

thanaif at 1:47 am on Monday, May 17, 2010


“Sedang menjuruskan pengertian erti budaya moderat sejauh manakah sedia meminggirkan budaya menganiaya?”


“Apakah maksud kamu?”


“Adakah diterima seandainya saya tidak membenarkan diwakili oleh mana-mana pihak yang mengamalkan rasuah dalam sistem pengkronian yang mengkhazanahkan pendapatan negara hanya untuk parti dan kompenannya yang berniaga dari kekayaan pendapatan tanah air yang terlihat diligarkan hanya di kalangan ahli sahaja tanpa upaya menglibatkan kesemua rakyat?”


“Dikau membuatkan daku termanggu untuk dicari kesahihannya.”


“Setakat ini pemimpin-pemimpin tanah air kita hanya berligar dari sekitar negeri Kedah, Pahang, Johor, kembali semula ke Kedah yang kemudiannya ke Pulau Pinang dan kini Pahang semula dengan Timbalannya dari negeri Johor. Selama lima puluh tahun tahun hanya keluarga ini sahaja yang menduduki tampuk pemerintahan dan apakah mellinium ini tidak mampu mencabar untuk apa ia dipertahankan?”


“Daku semakin membenci dirimu.”


”Mengapa? Adakah dikau tidak sedia kita mencabar secara sihat beretika dan beradab kerana kita bertamaddun?”


”Kerana perkara ini akan dianggap sebagai ekstrim oleh para pemuda pemudi umno juga BN malah seluruh penjawat di sektor kerajaan dan swasta.”


"WHO IS WASTING ALL THE TIME FOR ALL THIS CENTURY?"


"Apakah para pemuda dan pemudi itu tidak peka seolah-olah negeri-negeri lain tidak berkeberdayaan untuk menjadi pemimpin kerana kebanyakan anak-anak negeri yang berkelayakan tidak dilahirkan oleh dinasti Doktor Mahathir atau dinasti Arwah Tun Abdul Razak yang juga bernasabkan dinasti aruah Dato Onn?”


"Dikau bersikap fanatik!”


"Malaysia ada sistem Raja Berperlembagaan bukan berdinasti kekeluargaan!”


"Begitu lancang suaramu!”


"Saya perlukan jawapan tatkala persengketaan kroni perlu disanggakan ke atas diri rakyat dan disaratkan bebanan ke atas mereka sedangkan masih mulia wajah keluarga tertentu sahaja mahu dipelihara.”


"Apakah perlu menjadi anak orang kaya terlebih dahulu baru boleh terbuka peluang menjadi pemimpin?”


"Apakah pula pendirianmu jika individu itu termasuk ke dalam kumpulan lelaki yang mendiskriminasi kaum wanitanya?”


"Isu saya ialah apakah kepimpinan ini akan bertukar menjadi kepimpinan berdinasti untuk akar rakyat yang tertentu sahaja lantaran keperluan memelihara pendapatan negara yang menjadi hak ahli sesuatu parti sahaja yang berniaga bukan untuk memelihara hak bersama yang dimiliki oleh rakyatnya?”


"Apa lagi yang masih terbuku di hatimu? Luahkan sekarang.”


"Sistem undi pos yang sangat kejam yang tidak mengambil perhatian kepada rakyat yang bertungkus lumus berusaha mahukan hak-hak bernegara dihormati kerana mereka yang berkuasa sepenuhnya untuk memilih sesebuah kerajaan walau pun hanya dalam tempuh empat dan lima tahun sekali. Sangat sadis jika usaha telus yang tidak berbayar ini dikhianti oleh kesan undi pos.”


Diam pula.


"Isu pemindahan pengundi dan penyertaan ke senarai pengundi berdaftar bagi rakyat yang telah meninggal dunia menjadi isu yang diabaikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya selama dua belas kali kita berpilihan raya tatkala saluran dalam tempuh masa berkempen hanya terbuka buat kerajaan yang memerintah sahaja tetapi bersifat tertutup kepada pembangkang yang juga dilahirkan oleh demokrasi.”


"Berterusankah mahu menuduh media tidak berjaya membebaskan diri dari memelihara kepentingan kerajaan?”


"Ya, selama rangkaian badan penyiaran kerajaan mahu pun swasta sepenuhnya dimiliki oleh kerajaan.”


"Tahukah dikau isu ini tidak perlu didetailkan kerana Amerika dan Eropah juga rangkaian media di Asia Jauh sendiri menjadi pelopor perbadanan penyiaran yang memaklumi bidang penyiaran dan permaklumatan yang bermatlamatkan mass media ini keperluannya adalah adalah terarah untuk berpendapatan bagi mengekalkan kedudukan serta prestasi mereka secara individu dan berkumpulan bukan sepenuhnya memenuhi wawaran berpradigma iman sebagai proses yang mempercepatkan daya pertumbuhan keamanan?”


"Cuba dikau jawab apakah persekitaran-persekitaran yang dianggap kondusif jika natijah dekad mellinium ini masih dijadikan kesejagatan sebagai hak untuk mendiskriminasi?”


"Berkata lebih mudah dari bertindak! Tuliskan soalanmu di kertas dan tinggalkan di atas meja saya.”


Kegloblalisasian tidak wajar hanya menjadi payung buat beberapa wilayah sahaja yang mengumpulkan kroni untuk digerakkan kekayaan tatkala kemiskinan tidak sedia dicabar.


Apakah bentuk kemiskinan masa kini tatkala Parlimen diberikan nilai istimewa tetapi perwakilannya yang mewakili suara rakyat diberikan taraf yang rendah untuk tidak dihormati kerana mewakili parti yang tidak termasuk ke dalam komponen kerajaan?


Apakah yang ada buat kami rakyat yang semakin tahu hak dan kebersamaannya?


Adakah dibunuh/didakwa tanpa bukti/diabaikan/dirasuahkan atau sememangnya ada pilihan lain yang lebih baik dari ini buat kami yang dianggap memiliki ciri kemiskinan alaf baru?”


Apakah perancangan yang ideal untuk memulihkan kebenaran kebersamaan dalam mendapatkan keadilan?


Apakah sistem memilih di dalam pilihan raya perlu berterusan dimuslihatkan penipuannya?


Apakah kesinambungan pertalian kekeluargaan keluarga di kalangan sepupu ipar dan menantu bukan sesuatu yang perlu direncanakan apabila keuntungan parti yang berniaga perlu dipelihara?


Bolehkah diketahui Tuan-Puan mewakili siapa?


Apakah akan dihukum kepada pendirian yang diperolehi berdasarkan fakta bacaan?


Wajarkah berterusan diterima sahaja dakwaan keracunan fikiran boleh juga didapati dari setiap aktiviti membaca?


Tuan-Puan mahu menyalahkan diri saya tanpa sedia menyalahkan diri sendiri?


Hari pertama bulan mulia para Kekasih mengendung pelbagai rasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan