Selasa, 3 Ogos 2010

Juru Iring Ke Syurga?

thanaif at 7:54 pm on Wednesday, February 17, 2010


"Penyelamat yang dibentuk oleh sejarah bagaimanakah tidak akan memanipulasikan pembangunan ummah?"


"Kita mahukan isu-isu baharu jika dikau mahu berada di dalam gerabak ini sila kemukakan idea-idea baru."


“Ada diriwayatkan tatkala Kekasih Allah SAW melewati tempat pembuangan sampah baginda telah mencekak sebungkal sampah yang telah busuk dan seketul tulang yang telah reput seraya mengumpamakannya sebagai dunia.”


"Maksudmu?"


"Kitaran perlupusan sampah dari sisi pandang yang berbeza masih mengungkap sama maknanya.|


"Bila ‘Yakjuj Makjuj’ itu mewakili lelaki adakah peperangan perseteruan kebencian permusuhan ini menjadi penanda yang dimedankan di media?"


"Kesan menciptakan ‘penyelamat’ menjadikan keaiban ke atas maruahmu?"


"Tidak salah dalam memperincikan ‘penyelamat’ wajar ditelitikan juga ciri ‘Yakjuj Makjuj’ yang menempati zaman kini."


"Rangkaian media dan kemajuan alaf teknologi dalam previeu khas memodeulkan Amerikanisasidi dalam konsep kepenggunaan yang menawarkan persamaan gender untuk dikompromikan, itu yang dikau tentang?"


"Wanita yang beragama tidak mahu merampas jawatan atau merebut kekuasaan. Hanya mahu bersama disempurnakan kemuliaan peradaban dunia dengan tema keinsanan bukan bererti mahu pengkhianatan!"


"Kami sudah jemu dengan wajah minda pemimpin yang mudah diperdagangkan mengikut nilai harga semasa!"


"Egomu melindungi kekerdilan diri?"


"Kekuasaanmu pula menzahirkan sikap bertimbang rasa terhadap eliet yang kaya berbanding rakyat miskin yang tidak hanya memberimu kuasa."


"Tidak akan ke mana-mana jika hanya mengulangi nilai-nilai kebebasan dan kemerdekaan. Banyak berbicara kita tidak ke mana-mana."


"Apakah nilai Guatanamo dan Gazza saat ini kepadamu setelah keaiban Abu Gharib membuktikan keperwiraan kelelakianmu telah hilang? Tidakkah jasad dan tubuh lelaki kaummu yang dihinakan? Tidakkah jasad dari tubuh bapa-bapamu yang telah diaibkan? Tidakkah jasad dari tubuh suami dan anak-anak lelakimu yang diperkosakan?"


"Lingkaran sosial budaya kami melazimkan melindungi yang lemah itu perlukan yang kuat dan gagah bukan yang miskin dan tidak berdarjat."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan