Isnin, 16 Ogos 2010

Satu Cinta?

thanaif at 12:40 am on Tuesday, June 8, 2010


Saya seorang muslim.


Islam sebagai cara berdisplin yang mengatur usaha dan kerja membentuk sikap dan sifat, tabiat dan perbuatan upaya memancarkan pantulan kesucian rohani dari dalaman yang berkomitmen dengan hukum-hukum Allah.


Kekuatan rohaninya bermula dengan kalimah bismillah dan dari cara dan adab membersihkan diri dengan intinjak yakni membersihkan tangan dengan air bukan hanya menggunakan tisu selepas membuang air kecil atau besar.


“Memelihara kebersihan tanpa membasuh tangan selepas berqadha hajat?”senyum simpul ku hadiahkan kepada dia.


Pernahkah dia mencerminkan mukanya untuk meletakkan organisme virus dari bahan kumoh ke merata permukaan kulit dengan tangannya yang tidak dibasuh itu?


Agaknya dia tahu tentang Coliform dan Escherichia Coli pada setiap 100ml jika disentuh bersama gegelang Schistosomiasis yang halus itu spaghetti dan jenis sekufu dengannya sukar terhadam?


Lalu mengapa masih mahu ditimpa perasan untuk ada pertalian dengan kami?


Adakah pendambaan untuk mendapatkan setiap perkara itu secara percuma menzahirkan kemiskinan Amerika dan Israel?


Apakah Amerika terus ingin kekal merundum di dalam di pangkuan Israel ataukah Arab yang masih terus lena di dalam kehangatan rangkulan Amerika dan Britain?


Konsep satu cinta kian menjadi kecacatan yang memparahkan minda dan jiwa yang dibina berimejkan konsep satu dalam beribu.


“Bukankah dikau terlalu menitik beratkan tentang kesihatan dan pentingnya ketrampilan. Wajar apakah dikau berjauh hati dengan pertanyaan ku itu?”


Jelingannya menjadikan wajahnya semakin menawan.


“Kamu tidak boleh lebih bermoral? Banyak-banyak soalan ini yang kamu musykilkan?”


“Dikau tidak bersedia bersikap professional? Atau dikau tidak mengetahui dengan mendalam erti qadha hajat, bahasa sopan kami di sana jika tidak khilaf sesopan dirimu yang tidak gemar digunakan ‘toilet’ sebaliknya ‘wash room/rest chamber’?


“Dikau mengusulkan penggunaan plastik?”


“Tahu tentang makna qadha hajat”?


Marahnya menjadikan dia semakin ayu.


“Dikau tidak berdaya tahan. Kami membina sifat insan untuk lebih beretika. Soalan asas yang ini sahaja membuatkan dikau bermasam rupa. Sedangkan dikau mahu mempersoalkan bidang munakahat adat nikah perkahwinan kami. Lalu daku wajar menegaskan mengenai keperluan bersuci sebagai asas untuk dikau lebih memahami tentang agama yang hanya menuntut keimanan ini.”


“Hijau ku pada warna bukan pada apa yang dikau ujarkan.”


“Telah ku katakan hijau di dunia ini belum sepenuhnya menentukan hijau di akhirat.”


Lantas nasab kekeluargaan kepada kami mesti dihormati bukan sebarangan atau sesiapa sahaja yang boleh dijadikan sebagai ahli keluarga.


Persahabatan seseorang sebelum nikah (ijab dan qabul) tidak boleh penamanya dimasukkan ke dalam keluarga kerana ia menimbulkan masalah mengenai perwarisan harta (sekiranya ada).


“Apa perbezaannya menggunakan tisu dengan plastik berbanding air?”


“Apabila dikau berbicara tentang kesihatan dikau tidak upaya melihat maksud bersuci kepada kami yang tanpanya seluruh ibadah kami tidak diterima.”


“Kuku yang panjang inikah menjadi isumu?”


Menarik nafas dalam-dalam.


“Lihat banyak perkara kecil mengenai agamaku tidak dikau fahami.”


“Namun dikau kelihatan pengotor dan tidak berupaya memelihara kebersihan.”


“Kebersihan buatmu ialah kelihatan jelita dan menawan siapa yang memandangmu. Itu niatmu. Niatku kebersihan itu untuk mengindahkan tingkah laku biar pun kecantikan tiada namun masih wujud keindahan dari dalam batin kita yakni hati yang ikhlas menjadi saranan agama yang berakhlak.”


Dia tahukah makna istinjak?


Bagaimana mahu dijelaskan? Masa-masa beginilah wanita-wanita muslim yang mukmin diperlukan untuk menjelaskan rahsia-rahsia ketenangan dan kesabaran yang dicapai melalui ibadah.


Adakalanya wanita memang sememeh suka berkhayal dan ianya memang menggusarkan.


Beraninya sesekali menakutkan.


Adakah kerana kebelakangan ini kedapatan lelaki-lelaki yang begitu lemah lembut sifatnya dan adakah keterlaluan ketrapian diasuhkan bagi membina imej penampilan menjadikan mereka kelihatan bagaikan peragawan yang kemandiriannya bak kucing yang sering mahu dimanjakan?


Sakit zaman ini menjelang akhir zaman kian menyerlah.


“Salahkah berkuku panjang?”


“Adalah salah kepada kami melanggan pelacur dan sesuatu yang sukar difahami dari tabiat dan gaya hidup mu ialah apakah setelah berkahwin setahun dua apabila kamu tertarik dengan orang lain maka kamu sedia meruntuhkan perkahwinanmu?”


“Apakah rekod untuk meniduri rakan tugas atau kenalan atau jumlah rumah tangga yang berjaya diruntuhkan menjadi tema untuk membina kejayaan di Amerika dan Eropah?


“Jika begitu nilai cinta yang kamu bawakan untuk dunia ianya terlalu murah dan mengaibkan dengan makna kasih sayang yang kami cuba sampaikan dari tuntutan berakhlak.”


“Sesekali kami hairan dengan semangat cinta kamu digambarkan secara stereo type oleh kebanyakan penerbitan holly dan bolly di mana, pada beberapa saat sahaja pakaian mudah tertanggal tanpa ada sedikit jua pun pembuktian peradaban tamadun yang kamu banggakan itu berjaya menjadi kayu pengukur untuk kami ikuti. Agaknya kerana itu masyarakat mu gemar berbogel sehingga wujud gelaran ‘Naked Chief’?”


Malam-malam kami semakin nyenyak tidurnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan