Isnin, 16 Ogos 2010

Lidah Itu Juga Merasa

thanaif at 6:15 am on Wednesday, June 16, 2010

Hiburkanlah hatimu sambil menghidu wangi bahasa rindu. Sambil itu memahami keimanan qalbu setiap manusia itu tidak ada yang ingin dicuriga hanya kerana keliru.


Tetapi dikau ketahui aibnya bukan kerana keliru tetapi dek rasa malu untuk berbahasa melayu.


Tetapi lidahnya masih berperisakan belacan asam pedas laksa juga tempoyak. Paling tidak tofu dengan cicahan kicap soya masin terasa lazat walau pun kunyahannya dilazimkan dengan roti salutan keju parmeesan cheese.


Cetak genetik masih tidak upaya menukar lidah perasa kita. Terusikkah mindanya sejak empat tahun di sini dapur-dapur antarabangsa masih tidak ada yang mempromosikan barangan halal dalam rancangan ‘Pengembaraan’ dan ‘Gaya Hidup’ walau pun sesekali ada pempromosian ‘Cuti-Cuti Tanah Air’.


Sesekali terfikir juga ‘karbon copy’ siapakah kita ini ya.

Naluri sahaja yang berubah namun wajah masih tidak upaya disembunyikan asal entiti kita berperibadi.

Konsep Asia dipadu gabungkan menjadi Afrika, Eropah, Amerikan, Inggeris, Arab Latin juga Yahudi sehingga adab dan etika sudah tidak mempamerkan siapa kita.


Bukan semata-mata penghasilan barangan Organic sahaja yang perlu dipromosikan tetapi bagaimana kaedah penanaman berupaya meningkatkan keuntungan kepada petani peladang kecil-kecilan yang masih menjadi pekerjaan sebilangan besar penduduk dunia.


Kata ujaranmu membuatkan saya terfikir bagaimanakah menu intelek kebanyakan profesional di kalangan esekutif kita kerap cenderung pada spaghetti dan lasagna sedangkan mee kuning yang diuli dari tepung gandum bersama telor dan air, dohnya sama seperti penyediaan spaghetti.


Adakah kadar awet dan kandungan asid lemak mono digluycerides khinzir diteliti?


Apakah kesan barangan Halal ke atas ekonomi kita tatkala pengeluaran lesen upaya menjadikan jenama ini turut dikeluarkan oleh negara yang bukan Islam, maksud mu?


Ia lebih kepada bagaimanakah berpengetahuan mengenai pengenalan penyediaan makanan atau barangan tidak termasuk ke dalam Pengetahuan Asas Sains?


Adakah kerana itu kita tidak berupaya membincangkan untuk turut serta menyediakan perawatan dan penyediaan perubatan Islam walau pun wujud rawatan dan hospitalnya?


Sejauh manakah mengambil peduli itu menjadi salah kepada mu jika benar dikau bukan bersifat diktator?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan