Isnin, 9 Ogos 2010

Musim Berfenomena?

thanaif at 7:39 pm on Monday, May 3, 2010


Wujud beberapa pandangan baru yang menawan mata tatkala dalam perjalanan ke Doha juga Ar-Rayyan.


Sebelum ini tidak perasan akan kewujudannya, iaiitu papan-papan lapis (plywood) yang menghiasi indah seakan arca bersalut kupram berwarna kuning perak apabila dilihat dari jauh.


Indah dan mengkagumkan kerana ia simbol kepada mesra alam dan penggunaan bahan murah tetapi menterjemahkan kualiti dan mutu yang setanding tiang-tiang besi yang mungkin mencapai jutaan nilainya hanya untuk tujuan pengiklanan.


“Angin bertiup kencang,adakah ia akan menumbangkan papan tanda ini?”tanya anak yang sulung yang jelas juga terpikat waktu melintasi Ar-Rayyan untuk ke kelas pengajian fardu ‘ain.


“Tentu semua faktor telah diambil kira untuk perlaksanaan sesuatu projek,biarpun hanya menegakkan papan tanda.Jenis tanah,ketahanan pada perubahan cuaca misalnya.”mula terasa mahu berkhutbah dengan anak-anak.


“Lampu pun cantik…biarpun setiap tiang miliki serangkai tiga mentol cahayanya tidak terlalu memanah mata.”kakak juga menyatakan kekaguman.


“Watt yang sederhana kuasanya antara kaedah untuk mengurus sumber tenaga agar tidak berlebihan penggunaannya,”abah pula menambah faham kepada anak-anak.


Kebelakangan ini apa sahaja yang berlaku di depan mata kami mulai bersama merenung dengan soal dan tanya bagaimana dan mengapa, jawapannya akan memberi banyak huraian dan keterangan yang adakalanya meminta disambut dengan lebih masa untuk membaca dan mencari bahan-bahan yang membantu penjelasan yang lebih munasabah bukan sekadar menerima apa sahaja dengan mudah.


Agaknya ini pengaruh baik dari blog-blog makcik-makcik yang tidak bersekolah yang sering memberi paparan baik tentang perkara-perkara kecil tetapi berupaya melakukan perubahan kepada alam berfikir.


“Jaga bahasa along,kakak,abang dan adik bila berbual ! Bahasa kita itu lambang imej budaya dan ia akan menonjolkan siapa kita,” saya semakin bimbang dengan cara penggunaan bahasa basahan yang kerap dituturkan oleh anak-anak kebelakangan ini terutamanya anak-anak lelaki yang mulai meningkat usia yang bermakna meningkat kemahiran oleh peningkatan pengalaman.


Kemudahan pengalihan pengambilan sebarang bentuk maklumat dari media internet sudah kerap diperkatakan, kadang-kala menterjemahkan penyalahgunaan etika lantaran kebebasan tanpa larangan. Namun apakah khilafnya andai makna duplikasi adalah untuk meniru dan berkongsi ilmu yang baik dengan tujuan menambah dan menyusutkan nilai persepsi.


Adakah semua jenis produk adalah komoditi atau merupakan antara tuntutan ke atas perubahan zaman,ia perlu sebagai pengadaptasian teknologi?


“Mak usah suka berfikir-fikir,bukakahn mak cuma ‘pembantu rumah’ saja,”kakak yang kerap menjadi teman runding bicara sering mengingatkan saya.


Tidak tercapai akal nanti didakwa kurang waras pula. Namun inilah keadaannya bila berada di perantauan,ia pengalaman baru yang mengembirakan.


Kemudian setelah masa semakin menambah usia pengalaman keadaan menjadi semakin tidak terarah dan tidak terhala fokusnya adakah kesan dari runding bicara yang terlalu terbuka atau natijah acara kebersamaan yang masih berbeza capaiannya oleh keperluan kuasa?


Lantas apakah sikap kita terhadap bacaan kedudukan yang dikawal selia pemusatan pengawalan yang dikemudikan oleh perencanaan untuk dipenuhi tuntutan keintelektualan?

03032007

16042008

Tiada ulasan:

Catat Ulasan