Selasa, 24 Ogos 2010

Mencari Kerajaan Yang Bersifat ‘Tuhan’?



Mungkinkah sikap diktator terletak pada dasar atau sistem atau parti yang mewakili sesebuah kerajaan?


Ramadan membina kerajaan zahir dan batin tanpa berimpakkan perendahan diri untuk sedia dihina atau mendiskriminasi agar sedia terasimilasi ke atas setiap mereka yang layak melakukan ibadah berpuasa.



Kerajaan ‘berkerusikan’ kebenaran yang 'tidak tidur' kerana ‘jaganya’ menjadi sifat Al-Hayyu Al-Qayyum, ‘fananya’ bukan menjadi sifat makhluk tetapi menjadi teladan untuk berkerajaan.


Mengapakah tidak wujud kerajaan Tuhan pada bulanmu yang barakah ini wahai Ramadhan?


Saat roh-roh milik Mu saling berziarah ke alam maujud masih ghaib si api-api yang diyakini walau ianya khurafat dan sihir.


Saat roh-roh pulang menjadi tamu di dalam diam, santunan kasih ada kalanya menghilang dalam hiruk jerit gelanggang yang diarenakan sehingga pulang roh-roh dalam sebak pilu lantaran hanya mereka yang terkenang-kenang namun yang dikenang tidak peduli.


Lantas duhai bulan yang Kaya dengan kepemurahan Tuhan bagaimanakah kerajaan Tuhan tidak mendapat perhatian tatkala masih manusia separa haiwan sifatnya malah diseparakan dengan mesin kian dikemudikan oleh peradaban?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan