Jumaat, 13 Ogos 2010

Prejudis Dan Sangsi Perlu Berhenti

thanaif at 8:16 pm on Tuesday, May 25, 2010

Menerima email-email yang upaya dianggap ’sampah’ oleh sifat virusnya, sukar dilonggokkan ke tempat pelupusan begitu sahaja, jika sesekali tidak dilayani ‘keperihatinan’ pengirim yang mengutusi secara rambang perihal kemenangan cabutan tiket loteri, terpilihnya ID sebagai pemenang malah spam-spam dari bank-bank yang tidak pernah wujud akaun simpanan di dalamnya.


Jika dikumpulkan pengiriman pengumuman-pengumuman terpilihnya pelayaran ID saya sebagai pemenang tiket loteri atau cabutan bertuah, rasanya saya telah berjaya memasuki ranking antara mereka yang terkaya di dunia.


Namun itu hanya senda komedi yang disengajakan untuk menggiatkan usaha persaingan di antara syarikat-syarikat perisian komputer dan seni langgan khidmatnya yang dilakukan oleh pelbagai pembina laman website yang diinteraktifkan oleh syarikat telekomunikasi di alam siber.


Mungkinkah ini antara alasan mengapa akaun-akaun email peribadi saya dicerobohi sehingga ada yang tidak boleh dibuka ke hari ini?


Ya, sesekali deria minda bertanya mengapakah muslimin perlu memasuki lingkaran dinobatkan menjadi antara yang terhebat, terhormat, terpopular, terkaya, terhodoh terselekeh, terbaik, terburuk, termiskin, terjahat, terberani, terbesar, tertinggi tercanggih, terkecil, terpintar, terpantas, terjelita, tertua, tertinggi, pendapatan (harap disambungkan) lalu bagaimanakah upaya disama-nilaikan usaha mereka yang berazam untuk berjaya dengan usaha terpantas menanggalkan pakaian dalam wanita atau teramai meniduri wanita dan seumpamanya.


Huhuhuhu sabar sahajalah.


Minda saya terkedu apabila kesemua ter ini akhirnya bertemu pada nilai yang sama sasarnya yakni hanya untuk beroleh rasa bangga dengan cara dibayar dan secara percuma bagi mendapatkannya.


Lantas saya memberanikan diri mengirimkan buatnya di atas kiriman ‘virus’ terpilihnya pengenalan diri pelayaran siber saya bagi jumlah wang yang amat lumayan itu.


Inilah bingkisan email saya yang berterusan digagalkan oleh yahoomail/hotmail/gmail untuk dikirimkan balasannya walau pun alamat pengirim itu berjaya mengirimkannya kepada saya :


Hello,

Terima kasih atas kiriman email .

Tetapi perlu dijelaskan di sini tidak perlulah dihantar sebarang email seperti ini lagi kepada saya kerana sebagai seorang muslim, wang-wang yang diperolehi menerusi pengumpulan keuntungan misalnya menerusi pembelian loteri dan keuntungan dari pertaruhan (judi menerusi perlumbaan kuda/unta/ atau lain-lain haiwan sekufu dengannya juga apa-apa permainan) adalah dilarang untuk diterima.


Berkongsi pengetahuan dengan saudara, pada prinsip Islam setiap manusia hanya akan mendapat ganjaran setelah dia bekerja/berusaha bagi memperolehi pendapatan.


Walau pun atas dasar untuk bergembira dan berhibur keuntungan dari perjudian/pertaruhan/meneka yang membolehkan menerima wang tanpa terlebih dahulu wujud aktiviti-urus niaganya, tidak dibolehkan kepada saya (muslim) kerana ganjaran untu berpendapatan itu dianggap harta yang memuliakan diri dan jiwa insan, lalu sekiranya ia diperolehi tanpa jalan berusaha dan tidak keterlaluan diperolehi menerusi acara meneka-neka sahaja, ianya tidak memberikan nikmat barakah kebaikan kepada kehidupan di dunia dan di akhirat (kami mempercayai hari pembalasan setelah kematian).


Sementelahan itu ia juga upaya merosakkan hubungan sesama manusia apabila wujud penganiayaan yang membawa kepada kehilangan harta dan pemilikan yang dikhianati amanahnya seandainya wujud pengambilan tanpa hak.


Sewajarnya pengenalan sifat-sifat menzalimi di dalam urusan dagangan dan jual beli perniagaan diterima sebagai salah satu usaha bagi dihindari perbuatan penipuan, perampasan, pengambilan untung yang tiada hak melalui riba, berspekulasi bagi sesuatu perkhidmatan atau urusan yang masih belum berlaku atau pengkhianatan pada amanah kuasa, rasuah, pembohongan dan perdaya muslihat serta perjudian dilihat sebagai gejala yang upaya melemahkan masyarakat dan sistem sosial seluruhnya.


Ketidak- sediaan menerima keperluan berusaha mengenali sifat-sifat zalim ini upaya dianggap kegagalan peradaban kemodenan yang dilestarikan oleh keintelektualan untuk mendinamikkan secara efektif sifat-sifat keinsanan.


Perlu juga dinyatakan bahawa kami juga dilarang untuk mempermainkan harga-harga di pasaran (saham) dan andai wujud fenomena seperti itu kami perlu memberi keutamaan kepada umum berbanding dengan mengutamakan kepentingan peribadi dengan menolak untuk dihubung-kaitkan aktiviti pembangunan pasarananya dengan alasan ia tidak upaya membangunkan nilai akhlak.


Agar dengan penjelasan ini tidak lagi dikirimkan sebarang email berkaitan peluang-peluang bagi memenangi apa-apa pertaruhan-pertaruhan kepada saya.


Terima kasih.


Benar, jika dikumpulkan jumlah kiriman pemberitahuan terpilihnya pelayaran saya di siber, saya telah termasuk ke dalam senarai antara orang terkaya di dunia.


Justeru itu berhentilah bermimpi kerana ianya tidak benar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan