Khamis, 21 Jun 2012

Innalillahhiwainna Lillahhi Rajiun


Selama berada di tempat permaustautinan banyak peristiwa yang terjadi yang membuatkan difahami makna dan bagaimana sifat semula jadi menjadi fitrah berdirinya masyarakat arab dalam menghormati raja mereka.

Sepanjang hampir tujuh tahun di Q, kami berpeluang mendepani jiwa rakyat yang mempunyai Raja sebagai pemerintah.

Sepanjang tujuh tahun di sini, semalam sebaik sahaja perwawaran berpulangnya Putera Mahkota Saudi Al-Marhum Raja Naif ke rahmatullah buat pertama kalinya siaran radio milik perbadanan penyiaran negara ini sedia ‘berkabung’ dengan hanya menyiarkan irama lagu klasik bagi menghormati kematian Al Marhum sehingga selamat disemadikan selepas solat maghrib di Masjidil Haram Mekah.

Perkara seperti ini tidak pernah dilakukan oleh badan penyiaran tersebut yang dikatakan dimiliki oleh kerajaan Q.

Bermula saat berpulangnya Al Marhum Emir Kuwait yang diikuti oleh Al Marhum Syeikh Makhtoum Rashid Al-Makthoum ke rahmatullah pada tahun 2006, kebanyakan siaran yang dipancarkan dari stesyen-stesyen perbadanan penyiaran radio mahupun televisyen seperti tidak sedia menyelami kesedihan yang dirasai oleh warga muslim apabila berhadapan dengan kehilangan penjasa-penjasa yang berbudi kepada tanah air dan wilayah berserta masyarakat yang berada di lingkaran lokasi tersebut secara individu mahu pun komuniti.

Apakah petugas dan pengawal serta pengendali perbadanan penyiaran tidak mempunyai kepekaan untuk menghormati tata cara kehidupan masyarakat muslim yang berhadapan dengan kemangkatan Raja mereka?

Saya tertanya apakah tiada permaklumatan penguatkuasaan etika bagi pengamal media tatkala mereka menerima tawaran kontrek pekerjaan di negara-negara muslim terhadap upacara pada hari perkabungan?

Sukar untuk menolak kesedihan saat berita berpulangnya Al-Marhum-Al Marhum yang dilaporkan oleh radio dan televisyen.

Adakah kerana  secara umumnya negara-negara ini yang dikenali menjadi lubuk kepada dunia hiburan barat mendapat keuntungan tidak sedia menerima kerugian oleh tempuh hari-hari perkabungan sekiranya kesemua siaran dihentikan serta merta dan digantikan kepada pembacaan Al-Quran sehingga selesai upacara pengkebumian dilakukan?

Kesayuan yang menyelubungi hati kami sememangnya sukar difahami…

Apakah rantau teluk tidak mempunyai perbadanan penyiarannya yang tersendiri untuk tidak tertakluk sepenuhnya kepada syarat piawaian badan penyiaran dari Amerika, Eropah dan Britain tatkala kebanyakan stesyen penyiaran mereka dimiliki oleh kalangan keluarga diraja?

Kepada saya secara peribadi seolah-olah OIC dan Liga Arab tidak mempunyai nurani hati untuk turut menjadikan perkabungan serentak berlansung di negara-negara Semenanjung Al-Jazeera Arab pada setiap kali negara-negara Teluk kehilangan pemimpin mereka.

Innalillahhiwainnalillahhirajiun.

Berasa amat tersentuh tatkala terzahir kewujudan seorang raja yang berkarisma watak kepimpinan Al Marhum apabila buat pertama kalinya diketahui wujud penegasan bahawa negara baginda tidak memerlukan perubahan kerana menurut Al- Marhum, sedia wujud kesesuaian kaedah yang diterima pakai terhadap siasah kerajaan Saudi Arabia yang tertakluk kepada syariat oleh penerimaan Al-Quran dan Hadis di samping Majlis Syura bagi menyepakati Majlis Ijmak Ulamak terhadap sistem pentadbiran Saudi Arabia sebagai sebuah negara islam yang moden bagi memimpin kepimpinan di dunia islam untuk melaksanakan amanah terhadap ummah.

Ternyata karisma kepimpinan ini amat menyentuh hati tatkala selama ini kebanyakan perbicaraan dan ulasan penulisan dan laporan sering berfokus kepada kelemahan peribadi dan susuk berdirinya diri pemimpin-pemimpin di negara teluk yang selari dengan ruang pemikiran dan pendirian politik di dunia barat yang sepenuhnya beragendakan ekonomi yang memerlukan propaganda lidah kepengarangan media yang terarah kepada keperluan berpihak setelah menyediakan medan pertentangan pendapat di kalangan masyarakat yang bersama mendiami sebuah negara atau bertempatan pada keperluan yang serupa selain rakyat tempatan yang mengasihi raja mereka.




Sesungguhnya seorang raja yang menjadi pemerintah adalah berbeza dengan makna pemerintah yang diberikan kuasa oleh undi bagi memimpin kerajaan di rantau Teluk kerana mereka memiliki kekayaan yang dikongsikan dengan rakyat bukan memiliki kekayaan yang dikongsikan dengan parti.


Di doakan agar pemimpin islam dan yang yahudi atau nasrani di negara-negara teluk menyedari tanggungjawab dan tugas mereka sebagai pemegang amanah bukan semata-mata menguruskan kekayaan keluarga atau rakan-rakan pelaburan untuk dikekalkan empayar atau dinasti keluarga atau pengaruh semata-mata.

Semoga Tuhan melahirkan pemimpin muslim dari kalangan mukmin yang bukan menjadi buah catur untuk mana-mana pihak selain menjadi Khalifah yang bertugas sebagai khadam kepada ummat dan melihat jawatan bukan sebagai kuasa diri tetapi lebih kepada kepercayaan dariTuhan untuk membawa kebenaran.


Masyarakat dan dunia sudah bosan melihat imej pemimpin yang perlu diselarikan dengan imej penghibur!

Saya tidak mahu ungkapan konversetif dijaja mengikut minda kepengarangan media yang memrlukan gaji untuk menyara kehidupan mereka.

Lelaki Saudi dan arab umumnya perlu lebih berdaya untuk menjadi teladan bukan objek cemuhan dan penghinaan wanita mereka sendiri akibat tidak mendapat tempat untuk berdiri di sebelah lelaki mereka.


Apakah isteri-isteri dan wanita dari keluarga dan kerabat diraja Saudi dan rantau teluk secara amnya perlu berdiri di atas pandangan dan pengalaman wanita yang berada di luar lingkaran mereka?


Saya tertanya-tanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan