Rabu, 16 Mac 2011

Catatan Di Blog Mengejar Mentari (Mana Suria Mu)

Warkah-warkah lama dari skrin album siber dahulunya ditinggalkan tanpa mengenali atau bersalam kenal terlebih dahulu.

Spontan membalas isu sesudah membacanya bagaikan catatan harian itu milik sendiri.

Tidak ada rasa segan atau silu.

Mengapa rasa begitu tatkala ada yang mendendam oleh amarah lalu menjadi bisu.


Menyanggah bukan semua bermakna menilik benar atau salah.

Tidak pula mendabik kita yang benar atas nama fikir-fikir mencerah yang kikir, saya rumus olah rasa begini buat diri menjadi berani.


Tertib batin dalam bicara qalam Pencipta, mendidik dengan sempurna sudut meninggikan nilai moral melumatkan nafsu amarah jika hampir pada nafsu 'serakah' kerana persepsi yang bebas timbang tara wajar tanpa hasrat mahu membatas sempadan ada hak kerajaan yang tidak boleh dilintasi oleh hak awam kerana jika begini kaedah berperaturan ia meyilu segan lantaran kekuatan bahasa yang ada makna tersembunyi ditatap baca hayat berulang-ulang, hakikinya membuka kesedaran dek insaf itu naluri insan.


Manusia dengan berbagai darjat kemampuan dan kemahiran akan 'lemas' dalam gelombang arus yang bertarung dalam jiwa.


Pengibaratan mudah lihat kini kemanusiaan pudar berera dekad,anihnya ia terpapar jelas di mata namun hati tidak ikut merasa.

Lalu dengan begitu tinggi gelombang rasa terakam oleh terhimpunnya helaian-helaian antologi dan selidik kaji, di manakah kekuatan senjata bicara?


Tatkala jilid-jilid buku makin bertambah masih daya bakat disukat-sukat oleh kelayakan yang tidak diikat bagaimanakah menilai iktiraf dan syarat?


Minda ditumpul tanpa diasah mengungkit-ungkit sejarah yang tertulis untuk pedoman.


Adilkah membicara berbagai tingkah pada yang dibisukan tanpa dapat sekali peluang untuk membela diri?


Di mana kita yang membaca qalam Pencipta selama hayat di kandung jasad, sekali tak selalu mematuhi kalimat mutiara Junjungan Salallahhualaihissalam dalam pesan,"bertuahlah orang yang sentiasa bekerja kuat untuk membetulkan diri sendiri daripada menyebut-nyebut keaiban orang lain".


Berdendam birahi irikah pada sungutan kisah keluarga yang mahu diteladani andai ada manafaat?


Generasi muda usah berduga panjang usia kita sentiasa sihat sejahtera jasad sihat seiring dengan rohani yang berkat.


Agama usah di singkir dunia tatkala telah lama bersilap tafsir terhadap keyakinan kita.

Di mana kekuatan bicara jika kita serupa sama dengan mereka yang enak sahaja menjadi juara biar ia bukan di bumi milik mereka?

Silap di mana jika kita sentiasa membesarkan 'kelemahan' sendiri dengan membiarkan Sang Juara sentiasa mewakili diri kita, sedang jiwa perasaan hak milik sendiri sudi disewa diupah ganjar kerana silap pertaruhan.

Berdirilah kerana menuntut keadilan bukan mahu rela diri diperhambakan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan