Rabu, 23 September 2009

Tulah

Meroket angka di roket
Menjungkit hingga saling tercuit
Mengait dek pana beralit
Sesuap rezeki direbut berdikit-dikit.
Meroket angka disungkit
Menyakit hingga saling luka berpalit
Mengusung aib yang pahit
Secupak rezeki digauli tak sedar hina terbangkit.


Meroket angka diangin-angini
Lambang bilangan menunjuk diri
Hidangan sedulang spekulasi
Atas kertas kosong dipusing tiket loteri.
Mengkonsep pemindahan rugi
Antara syarikat sepusat kroni
Menjimat apa tatkala cukai berpeti-peti
Si miskin bermimpi bertingkah harakiri.


Kegilaan pada angka satu-satu berashik masyuk
Melariskan sumbing gencatan yang dipadu bentuk
Ditunda tangguh berkepuk-kepuk hiruk pikuk
Mentakhtakan kroni yang menyenget songkok.
Hutang-hutang letak di atas batu gembala ikat ditengkuk
Teriring sesusuk jasad diimaginasi mahu dipeluk
Gentar usia merahsia silu haji kupluk
Adakah psikoterapi lipur yang muluk?






Kerakusan pada angka satu-satu mengikut denting saat menjadikan saya dan anak perempuan tertawa tatkala tepat jam yang ditetapkan hadir secara tiba-tiba seorang lelaki mendekati abahnya. Kami memandang dari jauh dengan senyuman kerana kaji selidik seperti itu tidak menjadi minat kepada suami yang jelas menunjukkan sifat acuh tidak acuh dan meninggalkan pemberian lelaki itu di atas kerusi yang kosong di hadapannya.


Kami tergelak.


Sehingga hari ini dan saat ini juga jam yang ini kami tidak melihat pun pemberian naskhah itu di dalam rumah atau di dalam kereta.


Pada hari itu dengan kehendak Allah talian bimbit tertinggal di rumah dan hanya upaya mendiamkan minda sahaja tatkala salah satu suara yang lama menghilang mulai bergema…


Ya bagaimana mahu menjadikan akhbar sebagai sajian bagi memulakan hari anda?


Kami masih belum bersedia membaca surat akhbar bercetak dan masih cerewet untuk memilih akhbar 'on line' di siber.


Di sini kebanyakan minda pengarang adalah menjurus kepada keperluan negara luar dan hubungan negara mereka dengan negara ini.


Perkhabaran komuniti juga hanya terhad kepada masyarakat setempat yang menempatkan lebih ramai pekerjanya di sini.


Lalu tidak sukar menduga pemeliharaan untuk pengekalan sistem yang mana menjadi rutin pemberdayaan pegangan nilai di sini.


Bosan bukan?


Perkembangan mukhtahir jelas tidak membawa apa-apa kesan kepada kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan