Selasa, 15 September 2009

Tetamu Ramadhan - 'Al-Khaafid dan Al-Raafi'

Menemani anak-anak menonton, beberapa ujaran diselang-selikan agar mereka tidak hanya sekadar menonton tetapi juga memaksimumkan kebolehan mengambil pendirian yang bukan semata-mata niat sesebuah filem itu dipersembahkan tetapi kerelevanan sesuatu isu yang dibawa yang didepani sebagai cabaran untuk difikirkan.

"Ada masanya publisiti dan iklan yang diberikan tidak menggandakan kebernasan minda," kemarahan yang diluahkan menggamit cenderung untuk dirasakan apakah wajar pergeseran di antara sunni dan syiah perlu diteruskan? Andai benar ia wajar diteruskan atas alasan apa demi memelihara dan melindungi siapa?

"Kamu akan mudah menjadi tua dengan terlalu banyak berasa."

"Mahukah dikau menerima pertanyaanku ini, apakah kewujudan Khatolik, Protestan, Evangelicals, Baptist, Pentecostals dan Jehovanah's Witnesses menjadikan mereka berbalah?"

"Usah berpura-pura tidak diketahui televisyen mereka memerlukan populariti untuk kekal diudarakan walau pun dengan isu yang agak merendahkan intelek dan moral."

"Lebih lucu seakan mereka memerlukan pandangan muslim untuk memelihara keutuhan perpaduan negara mereka yang menaja 'program membenci Amerika' untuk mendapatkan sokongan dalam mengukuhkan penyatuan akibat bebanan konflik yang dicetuskan oleh dasar yang tidak sedia memerdekakan ummah.

"Adakah diakui bahawa penonton menyedarinya atau mungkin kerana mereka turut terlibat mendanakan projek untuk mendahului kepentingan negara tertentu mengikut keperluan isu semasa penghayatan itu diabaikan?"

"Bolehkah berhenti berujar! Rasa bosan."

"Dikau tahu bagaimana filem menjadi penterapian efektif bagi sesetengah warga yang melahirkan masyarakat buruh bagi perbekalan tenaga kerja?"

"Kumpulan cerdik pintar mereka tidak mengasihi saudara sendiri dengan rela minda membina kekayaan di atas penderitaan keturunan sendiri. Sedondon jiwa raga ashik dengan buaian cinta yang pasrah pada kudrah sedangkan tidak peka tergadai maruah!"

"Radangmu semakin membarah sedang Ramadhan semakin hampir menghilangkan wajah."

"Apakah juga bukan kewajaran untuk ditanya adakah kuman 'African Green Monkey' yang mewabaki virus 'pneumocystis caranii' itu kuman yang beralaskan ketiadaan wanita untuk disalurkan nafsu fitrah sehingga jelas terzahir membayangi fenomena di bumi yang memiliki jejak pewaris nabi?"

"Pemimpin dan pengamal politik juga para pemodal tidak hanya berhutang laba dengan kita malah mereka berhutang khianah."

"Bersyukurkah apabila kita tidak berbantalkan mimpi-mimpi mereka?"


--------------------------------------------------------------

Berakhir tayangan anak-anak mulai menampilkan konflik dan berkrisis dengan minda mereka sendiri sehingga bersilih tanya diujarkan.

"Apakah lakonan suami isteri walau pun sah di luar filem, perlu diperkukuhkan hubungan yang memiliki persamaan dengan bukan muslim misalnya mandi bersama dengan mendedahkan aurat?

"Adakah di sini (mereka menonton cd tayangan filem arab) minum arak dan membinasakan kemudahan awam seperti jalan raya, pengangkutan, sekolah, wanita dan kanak-kanak yang tidak terlibat dengan peperangan dipilih sebagai alternatif membebaskan tekanan dari keinginan membalas dendam akibat diperlakukan secara tidak adil?"

"Apakah sememangnya benar wujud segelintir wanita di sini memberikan persamaan tindakan pengganas ke atas warga sebangsa mereka tanpa menilai alasan mengapa tindakan itu diambil sehingga terabai kehadiran 'penjajah' ke atas kemerdekaan tanah air mereka?"

"Apakah erti ungkapan 'holly fuck'"?

"Adakah ia memberi maksud tentera pendatang itu rendah moralnya oleh budaya memaki dan mencarut?"

"Etika siapakah yang mahu dibela oleh masyarakat hari ini apabila terzahir ketidak rasionalan tentera pendatang dalam menuntut pembalasan ke atas kematian rakan sepasukan mereka dan mengabaikan siapa sebenarnya yang menyerang, sedia membunuh dengan kejam wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata?"

"Perasankah kelian hampir 20 kalimah 'fuck' dituturkan sebagai dailog?"

"Bolehkah diketahui siapakah yang merendahkan darjah anugerah yang menjadi milik peribadi Kesultanan dan Pemerintahan Negeri demi mengiktiraf jasa warga pribumi apabila penerimanya berdansa berparti dan saling tidak upaya mempamer wibawa insan yang berkredebiliti?"

"Siapakah sebenarnya yang akan menjadi pembaharu peradaban ummah dan zaman?"

Mendengar soalan dan ujaran anak-anak kepala tiba-tiba menjadi pening dan mengalami sesak nafas.

Beginikah cara untuk diraih kemenangan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan