Selasa, 8 September 2009

Bukan Orang Selatan

Apakah maksud stok baik dengan stok tidak baik.

Soalan susah tu.

Bagaimana pula?

Jika sudah tahu tidak ada kebaikannya buat apa dijadikan stok.

Terasa jahil juga ya andai berpengetahuan masih sukar membeza makna stok baik dan stok buruk di papan bursa.

Bermomentumkah apabila tercetus kalimah 'good luck' dan 'bad luck' di bursa?

Orang baik dengan orang jahat ada di situ. Dikacok-kacok seperti daun terup, ada judi ada arak, ada pelacuran, ada riba, ada rasuah, ada duit ‘halal’, ada duit ‘haram’, ada dadah, ada candu, ada makanan halal, ada makanan haram, ada penipuan, ada pemalsuan, ada kontrak atas kertas kosong, ada hutang-hutang yang tidak dihalalkan, ada sewa menyewa yang tidak jelas hak milik, ada dividen faedah, ada penangguhan jualan tapi untung boleh diambil tak salah,ada jualan kertas hutang pendek kata macam-macam ada.

Jadinya stok baik dengan stok buruk sifat ganti nama kepada oranglah ya.

Tersenyum lagi.

Siapa yang pergi melangok di papan indeks ya?

Ya lah baru perasan. Siapa ya?

Orang pandai sahaja dan pastinya orang yang tidak pandai tidak akan ke sana.

Memikir-mikir tindakan-tindakan orang pandai lihatlah sudah bertahun-tahun mempromosikan perbankan keewangan islam namun masih tidak mampu wujud bursa saham yang dikhususkan untuk mukmin.

Itu nanti dikira tidak adil terasing dan terpisah. Bukankah semua mahu dikongsi?

Aduhai. Embargo pun tidak mampu diangkat nyah usir mahu menuturkan adil.

Kesian.

Siapa, kitakah?

Mereka.

Mereka terlazim diri menerima Islam punca kemunduran. Inilah masanya dibuat penafian. Buatkan bursa saham kita sendiri yang hanya dibuka kepada mukmin yang mampu memahami etika berniaga tanpa sesen pun riba atau faedah juga hutang yang tidak diambil secara menipu kerana ia diberitahu dan diminta izin juga kebenaran.
Kamu lihat mereka mewar-warkan budaya beretika tetapi apakah tanpa meminta kebenaran dan keizinan sikap dan tindakan itu upaya dianggap beretika?
Selama ini momokan tentang hukum fekah menjadi ketakutan kepada kerajaan-kerajaan yang mengakui Islam sebagai agama rasminya melaksanakan perundangan syariat.
Apabila wujud dua bursa ini akan terzahir mana yang paling membawa keuntungan kerana barakah dan yang mana keuntungan yang perlu dibuat kiraan anggaran hadapan dengan margin-margin tertentu yang bermakna hutang dan liabiliti namun masih mahu dianggap keuntungan.


Mereka tidak berani untuk menjadi berbeza dengan kroni. Sedangkan permintaan mohon dihukum kerana keinsafan arak itu tidak dibenarkan oleh Islam riuh rendah ditawarkan pilihan dan penangguhan.Agama boleh ditawar menawar.

Penyakit nie… bagaimaana mahu dibenteras ya?

Perjudian bukan sifat yang menjadi amalan sikap muslim. Ini tidak boleh ditentang atau dijadikan isu kerana ia hanya dihalang ke atas mereka yang menganut Islam sahaja.

Maksudmu duit kasino tidak boleh digaul campurkan dengan pelaburan dari komoditi pertanian atau perlombongan?

Pelancungan juga tidak boleh dilaburkan dengan keuntungan pelacuran.

Di manakah simpanan muslimin mahu diletakkan?

Elakkan bank kroni.

Mana ada?

Baru kamu sedar makna kroni ya?

Gejala keruntuhan moral apabila dibahagi dan dipecahkan mengikut usia dan sudut berfokus, sebenarnya sudah menjadi kandungan wabak darah dan daging yang sudah membusuk.

Jika diujar moral pasti hanya terfokus hubungan percintaan, orang ke dua, perceraian, zina dan kelahiran anak di luar pernikahan.
Sesekali ujarkan juga moral pelaksanaan syariat yang tidak upaya mengubah sistem untuk dimodeulkan secara syumul setelah berjaya digaris pandukan oleh kajian yang diakhiri dengan penolakan.

Apakah kita tidak mahu menjadi perintis lantaran enak berteduh di bawah payungan bayang-bayangan yang sekadar berpuas hati dengan meminta komisyen?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan