Jumaat, 4 September 2009

Pemusafiran Ramadhan Di Tanah Teluk.

"Adalah wajar dikurangkan masa berada di hadapan televisyen,"dilontarkan entah kepada siapa tatkala melihat anak-anak menyambut Ramadhan mereka pada hari yang pertama.

Berbeza dengan saat pertama kali tiba amalan yang menjadi kebiasaan mengusahakan tiupan roh barakah Ramadhan dengan pendenyutan nadi makna Ramadhan itu sendiri ditabiatkan budaya sehari selembar al-quran bagi mengekalkan kemahiran membaca dan mengenal huruf-huruf konsonan hijaiyah yang kini telah dilupuskan oleh kebanyakan sekolah di negara muslim, bukan lagi menjadi keutamaan.

Rasukan Lantera Mustika perlukah penanda?

"Ramai yang tidak berkemahiran dan berkebolehan mengenal huruf asas hijaiyah dan tidak juga upaya mengenalnya.Ini maksud keperluan pengekalan bertadarus dilihat sebagai penyumber kekuatan berbudaya kita berpengetahuan,"sergahan tadi kiranya mewujudkan pertanyaan anak.

"Bayangkan apabila kitab yang kekal tidak dipinda tidak diubah tidak dibaik pulih ini masih memerlukan bertataran pengkonsepan bahasa inggeris, malu mahu menyusun kata saat tanah arab ini terzahir diempatikan oleh konklusi pemetaan sifat baru pada dasar yang sama."

"Kegagalan dimansuhkan PPSMI amat mengecewakan dan sesungguhnya ia upaya memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan dengan sokongan warga,"
berterusan radang ini gagal dipadamkan.

Ternyata permainan tarik dan sorong isu selama ini yang diwacanakan oleh medan siber berasas kecurigaannya.

Antara ‘kucing hijau’ dan ‘kucing hitam’ kewarasan untuk berguru hanya dengan wanita adalah bertujuan memelihara akhlak dan pekerti yang dituntut oleh agama demi kemuliaan keluarga.

Suasana Ramadhan yang pertama di sini semakin tidak lagi betah didepani.

Keuzuran syara’i ini melesukan jiwa sementelahan Rejab dan Syakban tidak lansung diupayakan kemanisan ibadah lantaran kelemahan minda tatkala menjiwai sentimen bidaah.

Aduhai, betapalah nasib jasad-jasad yang berakidah di masa mendatang andai inilah nilai kemajuan yang ditandai oleh moden kebendaan.


Apakah perlu disesalkan penguasaan arab sehingga Matematik dan Sains ditangguhkan pembatalan pengajarannya di dalam bahasa Inggeris atau ini antara rencana terancang yang mahu menangguk di air keruh…lantaran penolakan teknologi untuk menjadi keutamaan saat bendungan gejala sosial kian tenat menjadi umpatan?

Bagaimanakah barakah Ramadhan tidak lagi sudi diraikan oleh lelaki-lelaki dan wanita budiman malah kini ditradisikan oleh anak-anak sehingga terbit pautan kesayuan?

Sidang ‘pengkonsortiuman protokol’ amat jelas dizahirkan menjadi konseptual media penyiaran di tanah Teluk yang memediumkannyanya pada bahasa.

Tampak seakan-akan mahu mengsahihkan bahawa medium pengolahan bahasa inggeris di tanah-tanah teluk ini sejak berdekad lalu berdepan dengan kegagalan sehingga berterusan mahu ia diberdayakan sementelahan semakin ramai yang telah wafat dan berada dihujung kesenjaan usia buat memperakuinya.

Ingi sekali diujarkan mengapakah sehingga kini tidak bersedia memberi ruang kepada bahasa kesatuan nusantara berperanan yang upaya memfungsikan keberdayaan ummah?

Mengapa diundang lagi ketenatan ummah yang mengingini iman untuk tidak lagi dipersaingkan sehingga menyerlahkan kerakusan pada wang dan nama atas sifat kekuasaan dijalinkukuh pengaruh dan kekayaan?

Apakah muslimin sememangnya bersikap rakus pada kebendaan?

Apakah tidak wajar diselesaikan satu persatu isu kita?

Mengapakah harus disekali tempatkan pada ruang menggagahkan bahasa yang rasmi dengan dicuri kesempatan buat dimaju bangunkan bahasa koloni?

Aduhai…

Puan Lantera membungkus bingkisan ‘cinta’ bagi bersopan mengurus budaya dan bangsa.

Aduhai.

“Sireh puan cherana puan
Legundi di rumah Dang Lela
Sebab tuan kerana puan
Hilang budi menjadi gila.”

Seakan terdengar sapaan sayu-sayuan Ken Tambuhan meratap kemusygulan.

Peri-peri tradisi puisi
Pasti-pasti bertetap hati
Keji-keji tatkala beriri
Seri diri menghilang pergi.


Kekenyangan yang menyebukan minda tatkala ‘kelaparan’ yang sedia diabaikan oleh cita rasa dari gaya hidup moden ini melukakan sukma.

‘Tulah’ apabila Ramadhan disinonimkan dengan pengikonan individu sedangkan andai mengenal Islam tanpa mengenal Muhammad SAW, kesempurnaan iman masih bersifat lemah kerana Kekasih yang dikasihi oleh Pencipta alam lebih berhak dikasihi, dikenali, diikuti, dicontohi dan difahami sebelum upaya diteladani.

Mengkaburkan hak untuk perletakkan taraf ikon antara cabaran yang menjadikan krisis kepercayaan kepimpinan sukar diatasi.

Dunia kehilangan kewibawaan pemimpin untuk dijadikan penyelamat ummah.
Korpus kalosumku urat-uratnya membengkak akibat terseliuh sejak sekian lamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan