Sabtu, 26 September 2009

Apa Yang Ada Di Antara Sensetif Dan Radikal?

Diutuskan pertanyaan ke minda sendiri setelah tidak lagi wujud keserasian di antara minda kami untuk saling berinteraksi.

"Atas alasan apakah masalah-masalah yang berterusan diwujudkan pada hari ini setelah selesai perang salib, pendominasian nuklear dan industri? Tidakkah dikau upaya berbicara tentang motif kerana dikau dan warna kulitmu adalah pihak yang tidak ditunding sebagai pengganas."

Seperti lazimnya diamnya hanya sekadar berpura-pura kerana retina matanya tidak berahsia membalas dengan kerdipan-kerdipan penuh rasa yang tersirat.

Memang memualkan.

"Bagaimanakah wajar dilihat ketelusan di dalam mempersaingkan sistem yang semakin tidak dihormati dan tidak mendapat tempat di minda khalayak yang berada di kelas pertengahan terhadap makna pengurusan korporat yang kini dilakukan 'adjustment structural' di PBB dalam mengagihkan semula kekayaan dunia menerusi pembahagian pentenderan pelaburan meliputi berbagai bidang yang direncanakan mengikut isu yang mencabar matlamat ini yakni pengedaran penggunaan senjata nuklear di kalangan negara utama?"

Kerdipan itu kini terbuka katup matanya seperti boneka yang diayun-ayuni dek dodoian badai khayalan oleh hancur kompromi dek kepentingan.

"Apakah pelaburan kemanusiaan juga memerlukan pentenderan apabila kepantasan komunikasi tidak menghalang 'Hak Intelek Mengenai Dagangan' disalah gunakan sehingga upaya dipertikaikan setiap perjanjian MOU dan syarat-syarat pelaburan dagangan yang tidak berupaya menjamin keadilan keseimbangan kesamarataan kebersamaan yang tidak mengoptimumkan kepenggunaan kemahiran warga di negara-negara yang sering diletakkan di wilayah hitam."

Mata yang sering bertukar warna itu umpama ditimpa penyakit yang mengkelamkan cahaya bundar yang memandu rasa di sukma minda.

"Siapakah yang memberikan hak kepada Amerika juga sekutunya untuk menjadi pemantau utama di dalam usaha dihayati makna 'penyah-jajahan' yang dimiliki menerusi kemerdekaan?"

Mata cahaya itu terpejam dan seakan mahu ku usir agar ia meminggir jauh usah sesekali berani menjengah tanpa diundang! Agar ia mendengar suara hati ini, yang berujar saya bencikan dirimu.

Alasan terlalu banyak sedangkan motifnya hanya satu.

Siapa yang menetapkan motif sebelum wujud kesan dari alasan?

Tidakkah terasa membosankan apabila saya dan dirimu tidak upaya menafikan syarikat-syarikat utama negara mana yang sering mendapat keutamaan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan