Sabtu, 12 September 2009

Jauhkan 2627 Dari Frekuensi Diri !

Catatan dari nota sejarah bertahun '1946' dengan tarikh 22 Jun mengimbaskan semula persoalan-persoalannya kepada salah seorang Cik Puan yang tidak dikenalinya.

"Selama manakah tekanan ketenteraan diperlukan bagi tujuan politik dan ekonomi di wilayah, perairan, sempadan udara dan angkasa rantau Cik Puan ini?"

Seperti lazimnya soalan hanya tinggal soalan.

Apakah ego itu menjarakkan kami atau memenjarakan mindanya?

"Bagaimana pula pendirian Cik Puan- Cik Puan terhadap kekayaan hasil bumi Teluk yang gagal digunakan untuk membasmi kemiskinan kemunduran kelaparan juga kebuluran (tidak ada kuasa beli), butahuruf, ketidak sediaan wanitanya berintelek dengan sifat-sifat iman (entiti ahli kitab begitu terzahir di Teluk) telah diabaikan di kalangan warga muslim di seluruh dunia?"

Sesaat minda terbayang bagaikan wujud percikan cluster yang upaya memalapetakakan gelombang talaan beta teta alfa komunikasi kami.

"Adakah kekayaan minyak barakah dari keturunan anbiak tidak upaya mengembalikan hak seluruh pelarian menikmatinya yang telah kehilangan hak-hak bernegara dan berwarganegara?"

Seakan terdengar irama-irama yang membingitkan kanta sesentuh dari corong yang kerap membahangkan kepanasan hati.

"Bagaimanakah langkah-langkah kemajuan pembangunan menurut Cik Puan-Cik Puan di wilayah perkhemahan kanvas-kanvas yang majoritinya dari keturunan arab?"

Ya di antara kami semakin menjauh persefahamannya dan semakin berjarak kerapatannya. Amat ingin dilontarkan gelodak lahar yang terpendam ini agar dia terbakar sama oleh marak yang bernyala sekian lama di dada.

2001pm

Kebisuanya yang seenaknya menghimpun kepentingan kembali meliarkan amarah ini.

"Apakah makna kebebasan apabila tidak upaya dibezakan yang hak dan batil, antara dosa dan pahala, antara neraka dan syurga, antara undang-undang dengan tuduhan tanpa bukti, antara bias dan fakta sifat media, antara peradaban dengan tiadanya nilai budaya etika membenarkan bahasa ibunda bebas bersuara dan antara kehilangan merdeka kerana rela minda ‘dipenjara’ saat demokrasi hanya merupakan percetakan penguasaan bangsawan ke atas warganya?"


Mengapa dikecilkan ruang untuk menulis?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan