Khamis, 17 Februari 2011

Brno 3 (Sabar Ketika Mengenang Masyarakat Arab)

Setibanya di hotel yang ditetapkan oleh pihak ABB kami berasa amat kerdil di mata petugas yang menyatakan pada mulanya tidak ada penempahan bilik buat kami.

(Jika ABB ada masalah apa kaitannya dengan suami yang hanya menjadi 'kuli' bukan pengurus yang menduduki 'Directing Board')


Saya sudah mulai tersenyum. Suami masih dengan sifat sabarnya mengeluarkan dokumen perjalanan kami bagi mengesahkan tujuannya ke situ
.

Setelah enam jam perjalanan yang dimulai pada dinihari waktu sepi membelah malam, kami masih berdiri-berdiri dengan senyuman meski hati dilamun ngilu menyentuh sanubari.


Pakaian sayakah menjadikan perjalanan suami tidak lancar sebagaimana sebelumnya?

Atau wajah yang tidak berkacukan ini menjadikan paras saya kelihatan asing?

Kami pada mulanya diminta menunggu sehingga jam 2 petang untuk menantikan kekosongan bilik yang ditempah oleh majikan pelanggan setugas suami.

Setelah mendarat sekitar jam 6 pagi waktu Brno kami menambah perjalanan menggunakan kenderaan lebih dua jam dari Vienna untuk ke Brno.

Kegagalan bagi dipekakan pada perbezaan waktu dan masa tiba dan mendaratnya bakal-bakal penghuni di sesebuah lokasi penginapan ada saatnya upaya menjadikan kelelahan semakin berat untuk digalas sehingga lesu itu turut mengunjungi kamar-kamar sesalur pembuluh yang kehilangan oksigennya.


Kami berbalas senyum.

Suami meminta agar bilik yang hanya untuk seorang penginap diberikan sebuah lagi katil kerana kami benar-benar kepenatan dan hanya mahu melelapkan mata bagi dihimpun semula carikan reja-reja lesu yang diladungi oleh amarah yang kami rasionalkan dengan kalimah sabar.

Rohani kami sering nyaman dengan ungkapan sabar.

Apalah yang ada pada kalimah sad ba ra ini?

Emosi kami menjadi intelek.

Celik di dalam kesukaran yang dirumitkan oleh perasaan untuk diundang jiwa insan menemani kamar-kamar hati.


Udara panas gurun yang ditinggalkan di lapangan terbang Vienna tidak menjadikan jasmani kami hangat meski dipeluk oleh kedinginan hawa yang mencecah kurang dari 10 selsius.


Dan paling terasa teruja apabila kami mengunjungi ruang untuk bersarapan yang telah sedia dipenuhi oleh penginap yang lainnya, terasa seperti mereka terlihat makhluk asing dari planet lain apabila kami mengambil tempat yang hanya kosong di bahagian belakang.

Kamar menjadi senyap seketika sebelum kembali menjadi normal.

Wajah-wajah kacukkan bukan menjadi paras rupa saya berbanding suami.Mungkin saya tidak membiasakan diri menelan telur ayam kampung bagi menaikkan seri.
Jati diri saya yang asli seperti digeruni.
muhahahhaahahahha.


Jadi mengapa menukarkan rupa orang lain dengan orang lain yang lain sedangkan orang lain itu tidak boleh menjadi orang lain kerana setiap orang lain berbeza dengan orang lain?


Lalu kami hanya bersarapan di dalam bilik sahaja lantaran saya tidak sedia untuk turun seawal 7 pagi untuk bersarapan bersama suami yang ke tempat kerjanya jam 8 pagi.

Sementelahan jenis makanan yang hanya boleh buat kami adalah roti dan salad selain makanan dari jenis laut seperti tuna dan salmon.

Imbasan semasa mengunjungi Europa lebih 17 tahun yang lalu menyerlahkan persamaan stuasi yang masih wujud apabila menyentuh tentang makanan..

Kami bukan vegeterian tetapi akan menjadi vegeterian apabila berada di negara bukan muslim kerana kami hanya mengambil makanan halal sahaja.

Dan makanan halal tidak menjadi menu yang disediakan di hotel-hotel tempat kami menginap selama berada di Czech.


Kembali minda saya menyurat sita kesumat.

Bagaimana penyajian makanan halal masih tidak memasuki hotel-hotel di Eropah dan tidak ditemui jualan daging bertanda halal sementelahan produk beberapa negara di Amerika Selatan upaya ditemui dijual di premis di tempat permaustautinan kami yang berupa daging burung puyuh yang didatangkan dari Brazil tatkala Brazil bukan negara muslim.



"Bumi Allah jugakan",pujuk hati saya tatkala setiap pagi suami bertanya saya mahukan telur dadar atau telor setengah masak yang dimakan bersama pelbagai jenis roti yang lazat apabila dimakan begitu sahaja.

Sepuluh hari hanya memakan roti sebagai sarapan pagi?

Mungkin penduduk di teluk boleh menerimanya kerana mereka masyarakat yang menjadi peminat kepada makan yang disumberkan oleh tenusu. Secara umumnya cheese dan keju serta kek menjadi sarapan orang kaya.


Selera masyarakat Teluk masih tidak berjaya menukar selera saya yang masih kekal dengan selera di mana saya didewasakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan