Sabtu, 13 Februari 2010

Valentine Bukan Budaya Islam- Dihormati Kerana Islam Menghormati Kebebasan

Warkah Buat Ahmad Mustaqim dan komuniti antara bangsanya.

Apabila kita berkongsi idea saudari perlu tahu idea saya ialah dari sudut fikrah saya sebagai seorang Islam yang tidak kesemua itu perlu dibina dengan penggunaan konsep semata-mata tetapi idea yang bertitik tolak dari anutan kepercayaan menerima Islam bukan sebagai agama semata-mata tetapi juga sebagai cara berfikir yang membentuk keseluruhan cara hidup saya.

Saudari perlu tahu hidup ini bukan mesti diselarikan dengan tema yang dikehendaki oleh sesiapa selain dari diri kita sendiri yang menetukannya dan bagi muslim setiap keperluan aktivitinya adalah ibadah. Islam itu membentuk pengertian ini.

Bagaimana saudari memahami erti kesempurnaan mungkin tidak sama kepada orang lain.

Selagi kita upaya melihat dengan mata sendiri, mendengar dengan telinga sendiri, bersuara dengan mulut sendiri, berfikir dengan fikiran sendiri tidak adil apabila penolakan dianggap sesuatu yang upaya merendahkan diri kita.

Kini kesihatan dianggap modal baru untuk aktiviti ekonomi namun hakikatnya kesihatan itu murah harganya apabila kita tidak merokok/menghisap dadah, tidak minum arak dan mengamalkan cara hidup yang sihat dengan mempunyai seorang sahaja pasangan intim menerusi pernikahan.

Adakah cara hidup muslim perlu dimusuhi apabila ia tidak memenuhi piawaian nilaian barat?

Kita menerima hakikat arak adalah minuman harian barat namun barat wajar menghormati muslim tidak minum arak. Apabila wujud di kalangan kami yang meminum arak tidak boleh ia dijadikan ukuran untuk menilaikan keseluruhan masyarakat muslim dan agama mereka.

Arak kepada kami menghilangkan kewarasan berfikir selain merisikokan penyakit.

Kami menerima hakikat perjudian amalan lazim dari barat dan sesetengah masyarakat di timur namun kami tidak boleh mendapatkan pendapatan dengan cara berjudi.

Judi menjadikan rezeki hilang barakah – barakah maknanya sudah tidak ‘bersih’ kerana mendapatkannya dengan cara kurang usaha dan mungkin wujud penipuan dan muslihat yang menghilangkan makna ‘bersih’ tadi.Namun apabila ada di kalangan kami yang berjudi mereka tidak wajar mewakili kami yang memilih untuk tidak berjudi.

Kami faham budaya bertukar pasangan dan bebas sex di kalangan saudari tetapi ia dilarang dan tidak dibenarkan kami melakukannya tanpa pernikahan/perkahwinan.

Hubungan sesama jenis juga difahami sebagai antara cara hidup masyarakat barat namun ia tidak dibenarkan berlaku di kalangan kami yang muslim dan apabila ada di antara kami melakukannya ia adalah tanda mereka memilih dalam keadaan tidak benar-benar memahami hukum dan larangan di dalam agama kami.

Risiko oleh jangkitan penyakit kelamin dan kecelaruan keturunan sesuatu yang mesti dipelihara oleh kami bagi memastikan institusi kekeluargaan itu sebagai harta peribadi yang kami miliki untuk sama-sama bertanggungjawab di dalam memelihara sosial dan kesinambungan keturunan manusia di dunia membawa ke akhirat.
Kasih sayang kepada kami menyumberkan perlindungan akhlak/moral dan cara kami bersusila.

Apabila kritikan dilihat dari berbagai sudut ia sebenarnya membawa kepada perhubungan yakni komunikasi dan mahu atau tidak, perlu dilihat realiti bagaimana kekeliruan dan kecurigaan telah dibenarkan menjadi hala tuju kita bersikap dan bertindak.

Memusuhi Islam satu kerugian kepada dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan