Ahad, 21 Februari 2010

Sanubari Yang Tidak Statik

"Perkakasan ini telah menjauhkan hubungan di antara generasi."

"Bukan kesemua usia upaya mengaplikasikan capaian ini."

Laungan di sanubari yang paling dalam memeritkan jiwa.

Status-status rendah di dalam sosial telah diabaikan secara berterusan apabila sukar dipisahkan bahawa sains dan teknologi telah menjadi cara untuk dipertahankan sesuatu pengaruh ke atas dunia melalui pemikiran.

Wajar disuakan pertanyaan siapakah yang wajar mewakili muslimin dalam mengusahakan keamanan dan pembangunan kejayaan perhubungan apabila pendominasian masih diterma baharukan oleh sistem yang sama?

Apakah tidak wujud pembaziran di dalam agih guna tenaga dan pengurusan sumber dari diri alam dan manusia?

Sejauh mana pengaplikasian perkakasan ini membantu dihuraikan pembuangan sumber dari jana tenaga bebas yang tidak diatur selia dengan hikmah etika apabila diberdayakan semula kemungkinan-kemungkinan sel-sel utama pengecasan tenaga diperlukan untuk pengaliran ubah daya bagi ciptaan-ciptaan yang berinovasi?

Siapa kini yang dilarutkan oleh pembuangan perantaraan bahasa berpengetahuan kita?

Marhaen?

Rakyat miskin?

Minoriti elit?

Adakah jenama-jenama seperti Sony Ericsson, Black atau Blue Berry, Nokia malah LG juga Samsung sedia menjadikan bahasa kita sebagai pilihan bahasa untuk diaplikasikan fungsi-fungsi penawarannya yang direka khusus bagi menaikkan harga model sesuatu jenama perkakasan eletronik?

"Marahmu masih berlarutan.Bagaimanakah upaya dibantu agar ianya tidak mengundang cela di hatimu?"

"Emosionalkah daku saat ini tatkala interaksi yang dibina ini dikau war-warkan sebagai perkongsian bijak untuk digalas makna persefahaman demi membina idea baru untuk berkomunikasi adalah di dalam bahasa rasmi tanah airku?"

"Dikau tidak memahami makna pemberian lesen."

"Syyyyyyyyyyyysssssss,"dengus mendesar tidak terluah.Gagalkah pengilmiahan yang membudayakan pengetahuan untuk dilansungkan keprofesionalan kelansungan interaksi budaya sebagai seni asli berkarya untuk kemandirian berperibadi tatkala bahasaku entah di mana ditempatkannya.

Wajahnya yang dibayangkan di minda terasa ingin ditujah adakah untuk bertaraf dunia maka kita kini harus melangkah sekujur minda dan pemikiran jati asli bangsa sendiri? Bangsa siapa pula yang mahu diakui menjadi dewa untuk dipuji puja?

"Dikau terlalu bersikap patriotik,"senyuman sinisnya semakin memualkan.

"Namun daku tidak bersikap perkauman sepertimu!"

Semakin rimas untuk melayani bualan-bualan santai itu. Dia tidak peka maksud ku yang mahukan matlamat penggunaan perkakasan mesti dirujuk kepada keperluan penggunaan yang mahu dimanafaatkan.

Apakah seorang kanak-kanak memerlukan jenama model yang berharga lebih 1000 pada nilai wang tatkala perkakasan telekomunikasi wajar lebih terarah hanya untuk kemudahan perhubungan?

Misalan yang lain apakah model-model kamera matlamatnya untuk penggunaan pelaporan atau sebagai bingkisan rakaman kenang-kenangan untuk disimpan? Tidak keterlaluan apabila wujud hasrat generasi kini yang mahu menggunakan kamera poloraid yang berharga kurang 100 pada nilai wang tetapi sifat mudah diproses ‘advancenya’ menjadi sasar kepuasan untuk dihadami makna perkongsian pada masa dan ketika yang singkat terhadap rakaman kenangan.

Penggunaan perkakasan bagaimanakah mengupayakan pembinaan budaya asli berperibadi tatkala pembaziran guna wang menjadi inti hakikat beriman pada agama?

Wujudkah agama yang menggalakkan pembaziran?

Wajarkah anak-anak kecil diasuh bimbing untuk mengetahui perbezaan penggunaan kelengkapan ketenteraan bagi tujuan keamanan berbanding digunakan untuk memenuhi kesahihan entiti kita sebagai bangsa yang dicemuh kerana sifat permusuhan itu adalah atas dasar membinasakan mereka yang didakwa musuh?

Anak-anak kita wajar tahu bagaimanakah ciri yang upaya dianggap sebagai musuh kepada kita?

“Rasul SAW telah dikirimkan dengan daging kambing yang siap dibakar tetapi telah juga dilumurkan dengan racun. Kekasih Allah SAW tidak melihat pengirim daging ini sebagai musuh baginda walau pun pengirim itu seorang wanita yahudi. Baginda mengagihkan daging beracun itu untuk dimakan bersama-sama. Atas keistimewaan Rasul sebagai Kekasih Allah (Tuhan kepada alam dan isinya ini) daging itu memberitahu bahawa ianya beracun.”

Apabila kita tidak mengetahui tidak sedar bahawa wujud rahsia-rahsia yang sengaja direncanakan ke atas kita upaya yang bagaimanakah kita mengenal musuh tatkala di dalam kitab-kitab wahyu langit telah menjelaskannya.


Menerusi pembacaan telah dibantu uruskan sifat-sifat pemusnah kepada manusia dan alam sejak dekad-dekad yang lalu dan sehingga kini.

Pengemaskinikan masa yang berjadual di tangan saudara-saudari(pihak yang dianggap berkepentingan untuk pempromosian medan interaktif eletronik) bagaimana saudara saudari mengambilnya sebagai amanah?

Bagaimana kesediaan saudara saudari menerima hakikat bahawa di pihak jabatan penyiaran telekomunikasi media seranta yang menjadi kawalan kepada sebaran massa telah menjadi antara punca generasi teralpa dan bersikap neutral untuk memahami kewajipan mereka bertanah air dan berwarga.

Teman 'udaraku' itu sepanjang petang dan malam ini tidak bersuara.Digantikan oleh wajah-wajah jelita menawan yang berwawancara di skrin LCD.

Mindaku tidak berada di bawah kawalan 'remote control'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan