Isnin, 1 Februari 2010

Mati Itu Bukan Ketewasan !

"Mengapa tersenyum?"

"Kian terbuka satu demi satu jendela rahsia."

"Benarkah?"

"Ya"

"Rumahmu tidak berjendela tidak juga berpintu bagaimana boleh dibuka?"

"Inilah sebabnya daku mahu pulang. Tidak betah berada di sini lagi."

"Dikau mencari Persatuan Muslimin Se dunia dan diujarkan dahulu di sinilah pintu yang berada benar-benar di tengah-tengah benua. Lalu apa yang digundahkan lagi?"

"Daku masih mencari jurubicara roh kemanusiaan yang berjiwa insan sesudah Amerika dan sekutunya mengakui dan mengesahkan mereka bukan lagi pejuang kemanusiaan dengan menafikan hak-hak kebebasan untuk diadili hanya berakibatkan oleh pra sangka curiga yang melampaui batas sempadannya."

"Benar, mencaci mencerca dan menyumpah hanya menzahirkan rupa sebenar diri kita."

"Dikau perlu tahu kelonglaian kota-kota peninggalan jejak solihin dalam mengaslikan kejatian diri berperibadi warganya. Ketidak bermayaan ini diadili dengan timbangan mata tatkala rohani sudah parah oleh sunyi tiupan amanah, iman bukan sendaan, usaha bukan tarungan, semangat bukan api-apian, keinginan bukan diatur susunkan, tanggungjawab bukan pula ditunding dipatuh mentaati untuk tidak berani wujud sanggahan."

"Siapakah yang rugi dengan keadaan seperti ini?"

"Yang kaya akan terus menyukat keuntungan dengan tidak beretika yang miskin pula masih terus bersuara walau tanpa pembela apalah yang mahu dimuliakan."

"Terlalu bencikan dikau dengan wajah-wajah itu?"

"Tatkala Allah mengasihi seorang hambaNya, di antara malaikat akan saling membisik ke seluruh alam agar turut hambaNya itu dikasihi oleh apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Begitu juga tatkala seorang hambaNya dimurkai akan saling membisiklah kebencian itu dari satu malaikat ke malaikat yang lainnya sehingga seluruh isi alam turut merasakan kebencian itu."

"Bersabarlah dengan kebencian yang sukar dikau uruskan itu."

"Kelemahan ini memurungkan hati."

"Benar kenyataannya bahawa manusia itu lemah. Zaman telah menjadi semakin payah tatkala agama sudah mulai mundur dan lemah oleh iman yang rendah, peluang begitu mencurah tetapi kita semakin kesempitan masa yang terarah, tugas biar semakin cerah kita bersua ladungan rasuah, usia pula singkat dengan terbatas kudrah, ujian pula tetap menziarah ajal bukan semakin jauh bahkan semakin berkurang sedetik semakin hampir bersebati ke tanah, lantas patuh dan taat sewajarnya lebih kepada Allah."

"Lama mana dikau mahu begini?"

"Rembulan ku kini satelit, suria ku pada talian komunikasi berdenyutkan frekuensi, tenaga ku diperkuli dengan aib abdi, apalah yang ada menjadi peribadi saat dentuman tawaran-tawaran hanya ulian oleh kemunduran tertakluk pada kerugian persengketaan, apalah yang ada lagi untuk disimpan menjadi pemilikan."

"Bersabarlah. Bertindaklah dengan qalbu mu yang dikau pelihara ikhlas untuk bertawakkal kepada Allah. Dikau sedar tentang ini kerana dikau tidak miliki kepentingan dan kerana itu dikau upaya menzahirkan matlamat mu."

"Tidak wajar ini menjadikan hadirnya kecemburuan kerana pemikiran ku ini adalah perpustakaan diri."

"Pusat koleksi mu bukankah ibadah?"

"Mengapa dikau tersenyum?"

"Pahala sentiasa dijadikan sasaran buat ku setelah untung di cerakinkan berbahagi perkongsiannya."

"Mengapa pula dikau yang tersenyum?"

"Dianjurkan adab berbeza pendapat berkongsi kuasa menerusi politik agar tidak berpecah di antara warga namun persempadanan pula menjadi cabang untuk berstrategi."

"Berbanggalah bahawa dikau tidak menggunakan kemanusiaan sebagai benteng keamanan yang menjadi polisi ketenteraan sehingga perlu dihentikan oleh kesengsaraan dan kematian warga yang tidak berdosa."

"Polis dunia itu mahkota milik Amerika sahaja yang tidak perlu direbutkan dengan embargo sebagai dasar bermoral untuk lesen pemusnahan secara bersistem."

"Benar, setelah orbit satelit dijadikan interaktif telekomunikasi di bawah senggaraan seliaan jaringan siber lokal dan signal gelombang,dunia adalah penjara terbesar di masa hadapan."

"Transimasi isyarat digital kaedah penggunaannya murah bagi menjadi sumber baru tenaga yang kian didominasikan oleh kepupusannya."

"Balasan alam ke atas amanah yang dikhianati."

"Bertuah bagi mereka yang mengetahui cara menghargai usia walau dihitung dengan kiraan angka."

"Senyumlah."

Kematian itu bukan kekalahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan