Rabu, 3 Februari 2010

Tidak Sedia Berkait Dan Terkait

Kami berada di pelayaran darat semalam.

Ombak pepasir di gurun buat pertama kalinya membuat kami teruja dengan skil pemanduan warga asli negara ini.

Sikap ‘brutal’ kebanyakan pemandu mereka di jalan raya mungkinkah dibentuk oleh kemahiran yang dirahsiakan kecekapannya atau keangkuhan yang mengimejkan roman wajah kebanyakkan mereka mungkinkah dibina oleh ego diri yang menyembunyikan nilai ketoleransian yang tidak sepenuhnya dimanafaatkan sebaliknya hampir dibenarkan pengeksploitasian ke atas sifat pemurah mereka?

Berkenderaan sendiri ke pinggiran hujung gurun di persisiran ‘In Land Sea’ Khor Al Adaid tidak upaya menikmati pengalaman bagaimana rupa bumi dan pembentukan toponya menjadikan perjalanan yang memakan masa hanya sepuluh minit bertukar menjadi lebih empat puluh minit dengan keperluan diamati kepantasan masa merubah berbanding mengikuti pakej safari secara berkonvoi.

Proses alam yang dinatijahkan oleh angin menjadikan segar sebagai tenaga ceria kepada hydrid eletro kami yang menurun tatkala terhentak-hentak oleh kepantasan kenderaan menahan graviti tatkala menuruni dan menaiki cerun-cerun bukit pasir yang lembut namun kehalusan pepasirnya berupaya dimampatkan oleh gerakan tayar yang telah dikurangkan tekanan anginnya bagi diberikan keanjalan cengkaman.

Polisi persekitaran kami saat itu ialah bertenang dan melontarkan kengerian dengan jeritan juga ucapan zikrullah. Satu saat pemandu pacuan kenderaan kami gagal menaiki semula cerun dan waktu itu didoakan agar kenderaan tidak terbalik dan berasa kecemasan itu pengiring keinsafan terhadap akhir-akhir hayat bagi mereka yang menemui ajalnya di dalam kemalangan jalan raya.

Kemajuan nuklear apakah perlu disempitkan pada penggunaan senjata sahaja tatkala hydro eletrik semakin menjana kekayaan baru yang didominasikan sepenuhnya oleh negara-negara maju?

Sukarkah melihat adakah negara kita negara yang maju?

Maju oleh apa kategorinya?

Hutang?

Maju oleh mudahnya perniagaan mata wang dimonopoli?

Majukah apabila jarak yang semakin jauh di antara negara kaya dan negara miskin semakin terzahir?

Majukah tatkala sukar ditelah bagaimana kadar kemiskinan, kebuluran, wabak pindahan virus dan buta huruf ditangani dengan adil oleh kekayaan muka bumi milik sesetengah golongan yang masih terlena?

Sukar ditelah tentang memakenismekan masyarakat dunia sebagai pengguna apabila pendapatan perkapita masih di takuk lama buat sesetengah negara.
Dan mereka kelihatannya berpuas hati atau kerana sememangnya mereka tidak berperihatin kepada realiti?

Benarkah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan