Ahad, 21 Februari 2010

Usahlah Beremosi

"Merenung ke angkasa rumput yang dipijak usah dilupa."

"Apa maknanya?"

"Mengapakah radio yang dipancarkan ke televisyen dan disatelitkan di internet penyampai-penyampainya seperti mengkonsumerkan diri walau pun bermajikan?"

Senyum lagi.

"Adakah ini adalah tanda ketidakupayaan untuk mereka memekanismekan ciri-ciri keadilan terhadap wadah maklumat yang sebenarnya telah mulai dihayati milik kelebihan tersendiri tanpa menyedari bahawa tugas para penyampai info adalah juru pengintegrasi yang kebestarian minda dijulangkan oleh ketiadaan unsur taksub terhadap hanya sebelah pihak sahaja."

Jelingannya menawan.

"Kita tidak wajar hanya sedia mengendung bangsa sendiri sahaja di alaf globlalisasi ini andai mahu dengan jujur keglobalan dunia tanpa sempadan turut diakseskan keluasan geografinya oleh rakyat miskin yang saban alaf ditandai sebagai warga yang perlu disubsidikan setiap keperluan asas kehidupan mereka."

"Keuntungan mesti dikawal."

"Setelah dihadami pengswastaan sebenarnya menghubungkan dagangan dengan pengaruh?"

"Daku sedar minda dan pemikiran bukan untuk dijenamakan kejuaraannya tetapi bagaimana mahu menjadikan ia sebagai saluran pembudayaan untuk membebaskan hawa nafsu?"

"Mungkin menjadi lebih baik andai dikupas halusi bagaimanakah kesan tauhid dalam membenih ukhuwwah agar lahir kesejahteraan di dalam sosial?"

Kini dia hanya menuliskan pertanyaan-pertanyaan itu di helaian kertas setelah kamar itu kian sepi oleh tiadanya sambutan untuk diendahkan isu-isu kecil itu.

Peradaban adakah memaju dan memodenkan sikap sahaja tanpa menghalusi budi dan jiwa untuk diserlah budaya sesuatu bangsa dan bagaimana agamanya menyempurnakan kemuliaan syaksyiah dan peribadi diri insan itu?

Bagaimanakah keinginan untuk menzahirkan rasa silu untuk hanya berada di atas pagar sahaja tatkala amat memerlukan dilakukan pilihan terhadap menyatakan kebenaran atau menafikan kebenaran, adalah petanda lemah dan kerdilnya jiwa insan?

Jihad untuk bertoleransi sahajakah pada penegakan hukum-hukum Allah tetapi tegas pada peraturan-peraturan lemah manusia?

Benar bukan mukmin itu ciri identitinya adalah dicorakkan oleh hukum dan sifat yang tetap pada hukum agama adalah ia tidak berubah.

Spontan isi kerumitan mindanya mengimbas nama-nama seperti Zurjy Zedan.

"Amat terasa terlalu banyak ditemui ‘komponen inflamasi’ penyakit.Lalu bagaimanakah penguraian lemak binatang yang telah mati diolah semula untuk tujuan dagangan apabila konsep halal hanya didokumentasikan pada pasaran bukan mentaliti?"

Wanita itu mengetap bibirnya dengan lukisan wajah yang beremosi.

"Bagaimanakah pendominasian politik akan meningkatkan kadar kemunduran dan buta minda di kalangan rakyat miskin yang lebih mudah ditawarkan upah yang murah oleh ketidakfahaman bahawa kepentingan-kepentingan mereka tidak terbela berbanding dengan mereka yang miliki sandaran kekuatan politik yang menggunakan setiap saluran untuk mengukuhkan kuasa? Begitukah yang mahu dikau dakwakan?"

Terzahir kesedaran politik di kalangan anak alaf ini masih belum boleh dibanggakan lantaran penularan budaya takut masih terzahir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan