Isnin, 15 Februari 2010

Tahun Baru Dengan Etika Lama?

Setiap Isnin telah menjadi rutin yang menghangat menjalari seluruh minda. Ia menjadi racun tatkala disemak semula catatan-catatan lama di email-email peribadi.

Entah bagaimana dihilangkan nama saya sebagai pengutus email ini.

Sabar, perlahan diujarkan kepada hati.

Kepada sesiapa yang telah memadamkan nama saya sebagai pengirim email ini sila pamerkan makna keberanian yang dimiliki.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

RE: BERBAHASA MELAYU‏
From: (Unknown) BAGAIMANA DIHILANGKAN NAMA SAYA

Monday, February 12, 2007 4:40:47 PM

To: (DIRAHSIAKAN TETAPI IA KEPADA WANITA)


Hello,

Ada keharusan memberi maklum balas terhadap isu yang menarik iaitu bahasa.

Frekuensi di sini memberi imbangan kritis bersama sederhana,bukan sahaja gelombang pemancarnya bahkan pancaran satelite juga memandukan kesegaran kebernasan menjalinkan indera akal minda untuk berinteraksi dengan indera jiwa untuk menajamkan ilusi merasa.

(Pendapat ini telah berbeza beberapa tahun kebelakangan ini dan saat ini ia telah menjadikan kehilangan hak milik harta intelek upaya dipertanggungjawabkan ke atas paduan satelit dan orbit sebagai interaktif telekomunikasi di bawah seliaan jaringan siber tempatan juga antarbangsa di mana signal kaedah transimasi isyarat digitalnya dilupuskan oleh ID maya.

Bagaimana stesyen pemancar mencadangkan berlakunya interaksi tatkala menciptakan suasana harmoni menerusi irama tanpa mata dapat memandang?

Pasti menggunakan rasa, dari mana sumbernya.. pendengaran.. siapa yang menguasainya.. kita.. siapa pula yang menganugerahnya...
Kepada saya, Allah tuhan yang memberi bahasa untuk diusahakan pemahamannya agar manusia dapat mengungguli keadilan dan kejujuran tanpa perlu berasa bimbang.

Saya juga mengikuti program dari bahasa Perancis biarpun tidak memahami sepatah pun pengucapannya dengan niat supaya anak-anak memahami bahawa bahasa itu menunjukkan bukti bahawa perbezaan itu mewajarkan sikap saling menghormati menghargai insan lain yang tidak sama agama,bangsa,budaya dan bahasa dengan kita.

Melalui sedikit prasangka pun akan meleraikan keadilan Islam kerana menerusi perlindungan yang diberikan oleh undang-undang Islam (buat masa ini tidak terlihat model untuk diteladani kerana itu sesama yang beragama dengan saya kerap terkeliru), dilarang untuk menzalimi antara manusia, memberikan hak untuk merasa persamaan tanpa perlu yang ada terasa dipinggirkan, bahasa yang sama di rantau sebelah sini akarnya membudayakan perpaduan namun... jujur untuk diakui keyakinan untuk berdiri sendiri tanpa dibayangi masih membuka ruang menyumbang kekeliruan...bahasa upaya membentuk sikap kendiri yang berbangga dengan wajah peribadi sendiri yang identitinya adalah warisan untuk generasi kemudian..mungkin inilah kedamaian yang terasa di sini..

(Pendirian kembali berbeza tatkala orientasi bahasa di sini lebih merujuk kepada keperluan berkomunikasi oleh hadir ramainya tenaga pekerja dari luar - sehingga terzahir bahasa arab tidak menjadi keutamaan untuk memekanismekan semula pembentukan kemanusiaan yang luhur akhlak dan moralnya)

"Wahai manusia sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan,dan telah Kami jadikan kamu berjenis bangsa dan berkabilah agar kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya yang termulia antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa(beriman).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Sedar."

Terima kasih menjadi teman berfikir saya untuk semua di frekuensi anda yang tidak pernah dilakukan di tempat asal saya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Agaknya apabila sumber asal catatan ini telah diterjemahkan ke bahasa yang lain apakah sama maksud dan maknanya?

Tiba-tiba pencarian di google menambah radang di minda apabila bahasa Malaysia dijadikan sebagai rujukan bagi bahasa rasmi tanah air.

Semenjak bila?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan