Jumaat, 19 Februari 2010

Keluhkah Saat Gusar Sarat Terhidrat?

Tulisan yang dimemokan itu tersingkap di atas meja.

WARKAH BUAT ORANG-ORANG KAYA DI SANA SINI

Adakah wang judi dan pertaruhan juga diambil kira untuk ditakrif terkaya?

Bagaimana dengan wang tunggakan yang dimiliki oleh rakyat, adakah ‘bail out- bail out’ itu dianggap pinjaman tanpa berbayar?

Atau wujud pemberian faedah tunggakan ke atas pencarum-pencarum yang tidak mengetahui bahawa simpanan mereka telah digunakan sebagai wang pendahuluan ke atas tunggakan-tunggakan hutang yang bertahun-tahun tidak dibayar?

Jika sesebuah kerajaan itu berniaga sejauh manakah keseluruhan ahli parti itu menikmati keuntungannya yang wajar tidak di takrifkan sebagai perkhidmatan asas yang sewajarnya diberikan oleh sebuah kerajaan?

Bagaimana pula tentang rakyat yang tidak menjadi ahli kepada parti kerajaan adakah kemudahan-kemudahan asas kehidupan itu dijadikan sebagai perkhidmatan ehsan di mana hak mereka diabaikan begitu sahaja terhadap kekayaan pendapatan negara yang wajar diagihkan?


Kemudian sejalur cahaya suram tertera di jendela.

F,

WAJARKAH GURINDAM PENYAIR KELUHNYA SARAT GUSAR DIHIDRAT?

Tatkala warga seni kian gusar oleh hilang ruang hubungan
Tegar puan kian mengurang khayalan?
Telaah tuan kian mengirai gambaran?
Tegah siapa yang dijunjung tersadung dihalaman?
Curang siapa yang sukatnya terbuang oleh hilang pertimbangan?
Mahunya apa tatkala tafsir selarasnya dek akal namun dipimpin fikiran?
Usirnya ke mana tatkala tamsilannya terluah kepentingan?

Percuma itu hanya lakaran bibir marhaen yang punah oleh cinta?
Keramat kuasa santunnya kerap siaga
Rayu dek cumbu untuk kilau panahan mulia
Tatkala
Rentak rait itu Sang Sahaya mendapat nama!

Siapa yang mahu digalas penghisabannya
Siapa yang mahu diiring jejak-jejak keinsafannya
Tatkala jasad bernyawa tanggungjawab menjadi hitungannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan