Khamis, 6 Oktober 2011

Nama Ku Memberi Masalah?

Mengapa tidak suka pada nama sendiri?


Dahulu masyarakat di kampung pernah memikirkan satu kaedah di mana anak-anak yang sering menangis atau mengalami demam yang berpanjangan, dianjurkan oleh orang-orang tua agar ditukarkan nama asal anak itu dengan nama timangan.


Ini berikutan didakwa nama yang diberikan itu tidak sesuai untuk nama anak tersebut.


Waktu itu saya masih kecil dan turut melihat realiti apa yang disebutkan di atas di dalam masyarakat kampung nenekanda saya di Kampung Terentang Kuala Pilah Negeri Sembilan.


Saya mentertawakan dan merasa tidak logik.


Sehinggalah berlaku kepada saya sewaktu berusia sekitar (tidak diingati) waktu saya ditawarkan untuk menjadi guru ganti sandaran.


Setiap penjawat yang ditawarkan jawatan dengan kerajaan perlu menjalani pemeriksaan menyeluruh dan x ray bagi membuktiknannya sihat tanpa mengidap penyakit yang merbahaya dan berjangkit.


Bersama dengan seorang rakan kami menunggu nombor giliran dipanggil di bahagian pesakit luar di Hospital Besar Kuala Lumpur.


Baru secicah menduduki kerusi yang disediakan,nama saya dipanggil untuk masuk bertemu doktor.Saya berasa pelik kerana baru sahaja tiba di hospital.


Setelah menjalani kesemua ujian yang diperlukan doktor wanita yang berketurunan india menyemak surat tawaran dari Jabatan Pelajaran Selangor dengan borang pengesahan pesakit dan dia telah menunjukkan rasa yang tidak senang dengan membulatkan matanya dengan sedikit perasaan marah.


‘Awak tidak tahukah nama awak siapa?’


‘Saya masuk kerana jururawat itu memanggil nama saya.Memang itu nama saya.’


Jururawat itu juga menunjukkan reaksi yang sama dengan doktor itu.


‘Awak tidak lihatkah nama yang ada di surat ini?’ Dia menunjukkan surat pengesahan pesakit.


‘Misi (nurse) tidak menunjukkan surat itu. Bagaimana saya boleh melihatnya.’


Saya membantah kerana jelas jururawat dan juga doktor tersebut mengabaikan maklumat dan biodata saya di surat tawaran dan surat pengesahan pesakit.

(terfikir apakah kini pengabaian di sudut kelemahan diri dan teknikal itu andai sering dimaafkan menjadikan penyalahgunaan biodata dan butiran maklumat sedia menjadi kelaziman?)


Saya didewasakan dengan proses membantah dan memprotes kerana sering diabaikan oleh alasan-alasan yang sukar dimengertikan.


Doktor dan jururawat itu menjadikan saya mangsa untuk berasa bersalah di atas kelemahan kemanusiaan mereka.

Nama pada surat tawaran itu dieja Lelawati binti Mohd Ali dan nama di surat pengesahan pesakit dieja Leelawathy d/o (daughter of -------- tidak diingat lagi)


Kebetulan pada surat kelahiran saya di muka hadapan pendaftaran nama saya dieja seperti nama yang terdapat di surat tawaran dan di muka surat belakangnya dieja Leelawathy ejaan nama gadis india.


Sejak itu saya tidak suka menggunakan nama asal yang diberikan oleh arwah abah dan bertindak menukarnya sendiri menjadi Nurlaila binti Mohd Ali.


Saya cuba menukar nama itu di mahkamah tetapi menurut Pesuruh Jaya Sumpah di Mahkamah Rendah Klang (Selangor) penukaran nama perlu melakukan akuan bersumpah untuk ditukarkan nama ini pada sijil kelahiran dan nombor kad pengenalan dengan kadar kos yang tidak mampu ditanggung kerana saya ketika itu seorang penganggur.

Dan saya telah memulakan penggunaan nama pena tejathanaif@thanaif sekitar awal 2006 dengan beberapa pembuktian yang dirakamkan dari kiriman email.


Selain itu saya juga pernah menggunakan nama samaran seperti Mustar Haniff, Thespian Gulf, nlma_126, thrall_throes, teja, thanaif_56, twinpeaks_56 di samping pernah untuk beberapa waktu menggunakan nama zalisa_56 pada kata kunci (password Blogger kerana tidak tahu mengisi maklumat di blog.spot.com) selain nama pena yang digunakan di siber, thanaif, tejathanaif, teja thanaif, tejathanaif thanaif yang digunakan setelah menyedari nama pena teja thanaif, thanaif, tejathanaif disalahgunakan sewaktu laptop-laptop peribadi kegunaan rumah ‘diuruskan tanpa sepenuhnya di dalam pengetahuan tt’ sehingga telah menimbulkan beberapa masalah dan kerumitan yang tidak difahami asal sumber dan alasan ianya terjadi.


Tertanya juga adakah mesin dan radas eletronik ini juga miliki sifat korup seperti para pengendali hasil dari pengurusan ahli poitik yang korup kerana menjadi kroni para pelabur yang memiliki modal?


(Baru perasan Blogger tidak membenarkan gambar dimuat naikkan di blog ini - guna sistem apa blogspot.com?)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan