Selasa, 1 Disember 2009

Peluh Percutian Keluh Kesayuan

Bacaan-bacaan ayat suci terhenti seketika. Melihat wajah saudara-saudara ku satu persatu setiap kali deringan hand phone kedengaran deria visual menangkap sebuah rasa dan sederas kilat auditori membisik kata tidak munasabah kemalangan yang ditakdirkan menjadi alasan lewat jenazah anak kecil itu disempurnakan.

Bukan syaitan membisikan tetapi akal telah mewaraskan.Fungsi vokag tidak ada perkaitan dengan sihir syaitan, berkali-kali minda menerjah minta emosi padu dikawal.

Ruang menanti di hospital itu biarpun dipenuhi penanti-penanti yang sabar berurusan, aliran darah yang sering meningkat semenjak menjejaki bumi yang cuba kembali dikasihi sukar diturunkan.

Apakah yang mewujudkan gangguan teknikal pada prosedur di kalangan penjawat perubatan dan polis terhadap aduan yang bertujuan merekodkan sesuatu kematian untuk disahkan?

Wajah salah seorang anak saudara yang sedang menduduki peperiksaan kursus autopsinya kian erat terpaku di mata. Selidik apakah yang diperlukan andai kematian telah terbukti kemalangan dan dengan wujud saksi-saksi yang waras dan sempurna akal membuktikannya permintaan untuk dilakukan postmortem tidakkah wajar ditolak?
Kronologi tidak perlu diatur seperti mana kecederaan yang diniatkan kira-kira 11 tahun yang lalu yang masih kini disimpul biawakkan lilitannya.

Ibu muda yang kehilangan anaknya memeluk bayi kecilnya persis memeluk batang tubuh anaknya yang sudah menjadi aruah yang telah dibawa 'beralih angin' jauh meninggalkan 'rumah'nya demi memuaskan hati mereka yang masih berdenyut nadi dan jantungnya untuk beraksi kuasa hanya kerana gagalnya sehelai surat akuan agar tidak diajukan pertikaian ke atas mana-mana individu di masa hadapan.

"Mereka membatalkan aduan pertama yang di buat di balai polis dan diperlukan surat akuan dari hospital yang membuat pengesahan kematian itu dan dari surat ini perlu dibuat pengaduan ke dua di balai polis bagi mengesahkan kematian."

Aduhai... ahli syurga yang kian damai dan tenangnya wajahmu... maafkanlah teknikal kuasa dan teknikal masa limpahan budi pekerti untuk berhikmah demi amanah yang murah hatinya kian memilih jenis dan rupa imej untuk disopankan susila.

Maafkan kami Ya Ibrahim.

1 ulasan:

  1. Ibrahim yang diceritakan di blog ini ialah salah seorang cucu saudara saya yakni cucu kepada kakak sulong dari perkahwinan anak sulong lelakinya Shahrial dengan Bismi yang ditemui di dalam kolam memelihara ikan di dalam keadaan tidak bernafas lagi.

    BalasPadam