Sabtu, 23 Februari 2013

CH + 20(g) = CO(g) + 2H 2 O(g) Disalahkan Oleh Simbol?


Lemas! Seperti sudah tiada oksigen di ruang udara untuk menghilangkan kelemasannya.
"Apakah lagi yang menyakitkan hati mu?"
"Menyusun semangat dari aturan acara-acara sukan upayakah menjadikan perubahan kepada kehidupan beragama ummah?"
"Jika tidak suka, dikau memeraplah di dalam rumah."

"Apakah perlu  menzahirkan kekecewaan  kepercayaan yang diberikan kepada dunia arab tatkala mereka dilihat gagal menggunakan kesempatan untuk menzahirkan peringatan kepada pengisian kehidupan beragama bagi yahudi, nasrani dan muslim?"
Temannya dilihat memalingkan wajah sambil menghela nafas yang panjang.
"Siapakah yang akan membuka  dan mengundang untuk ummat memasuki Jurusalem dan Al Aqsa dengan tenang dan aman setelah pola komunikasi didominasi oleh Zionis di seluruh angkasa dan disambut meriah oleh warga di sini dengan 'wa ka wa ka' yang kini sudah berbaur pelbagai tabla gegendang gong seakan-akan mahu menyabut 'Rumi' yang tidak sesekali memerlukan alunan irama bunyi bunyian.Tatkala naga tiada di dalam Al-Quran teori siapakah dijaring buat melingkari perjalanan ini?"
"Kesal mu tidak berhujung. Kesal saya kerana tidak upaya membaca tanda yang dikau sempadankan... namun mereka tidak menyesali apa-apa..."
"Ya, mereka sudah dinormalkan untuk menerima Jesus anak Mary tidak lari dari dari singa atau harimau bila tiada sesiapa yang mengejarnya ... Jesus hamba Tuhan lari dari khalayak jahil yang bodoh."


Sebuah Negara Palestein tidakkah perlu menjadi prioriti untuk membawa jaminan keselamatan tatkala kita yakin dunia memerlukan arkitek keamanan untuk pengembangan ekonomi yang menambah sifat komoditinya kepada pendidikan, kesihatan, telekomunikasi, multimedia yang  diorganisasikan semula dengan kaedah komposit setelah ia distrukturkan oleh itech kajian proses permaklumatan?


Apakah wujud perubahan tatkala politik dan ekonomi dipetakan sosialnya oleh tuan/puan yang memiliki ‘Israel’?


Dengan keluhan dia menyatakan bahawa dia perlukan kerelevanan untuk berasional terhadap ‘Jurusalem ke Kosovo’ kerana mereka mempersendakan keimanannya sebagai seorang muslim ‘sejak sekian lamanya’  tanpa keterlaluan dizahirkan kemarahan’ selain reaksi kemeluatan terhadap gandingan yang disengajakan untuk mereka yang bukan segender dengannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan