Jumaat, 1 Mei 2015

Tanpa Peperangan Tetap Kemusnahan Berlaku

Bagaimanakah cara terbaik bagi menjelaskan bahawa kita yakni muslimin dan muslimah bukan dan tidak terlibat dengan aktiviti pengganas dan keganasan?

Dengan pakaiankah atau tanpa pakaian?
Dengan gaya dan cara hidup yang mewahkah atau hidup dengan mengamalkan sunnah atau kesederhanaan atau dengan penampilan kemiskinan?
Dengan jenis makanan yang tinggi penyediaan kosnyakah atau dengan jenis makanan yang murah kerana diusahakan sendiri dirapikan kebersihan dan dipelihara kesuciannya dari unsur yang dilarang oleh Tuhannya?
Dari sumber bahan bacaankah atau dari tontonan filem dan televisyenkah seseorang muslimin atau muslimah itu dinyatakan sebagai seorang pengganas atau terlibat dengan aktiviti keganasan meskipun bacaan itu dihasilkan oleh penulis-penulis dan pengarah dari negara barat?
Atau dari jenis huruf apakah yang disediakan oleh Microsoft Words serta Apple bagi mewakili catatan tulisan muslimin dan muslimat yang turut menggunakan radas peralatan eletronik komunikasi yang kesemuanya buatan dari negara-negara barat dan Kesatuan Eropah selain negara-negara di Asia seperti Rusia, Cina, Jepun, Korea sebagai contoh bagi mensabitkan seseorang pengguna yang menganut islam itu sebagai pengganas dan terlibat dengan keganasan?

Pada masa yang sama bolehkah diketahui berapakah gaji bagi seorang ahli musik serta penyanyi bagi orkestra ala saprano  di negara-negara barat setelah rekod jualan yang meraihkan jualan tinggi kesemuanya didominasi oleh penyanyi-penyanyi bukan muslim baik yang lelaki mahupun perempuan tetapi dibeli dan didengari serta ditontoni oleh mereka?

Lalu ku tinggalkan pertanyaan kepada Madame Halena Cobban," may i know Madame,have American had a puppet leader,too?"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan