Jumaat, 15 Mei 2015

Ajarkan Kami Membina Syurga, Cikgu.

Mukaddimah membina ummah berkalimah menyebut dengan bismillah, cikgu.


Berkongsi untuk berperanan mendalamkan erti menunaikan kewajipan, kewajarannya mendekati bukan sekadar memerhati, menghayati bukan sekadar menganalis, merawat bukan sekadar merangka dengan melawat, cikgu.

Zaman mahu diperbaharui dengan sikap niat tujuan yang luhur agar alir ubahnya laksana air yang tenang stabil dan seragam biar di mana tempat alir mudiknya, cikgu.

Kenyang biarlah dengan suapan buat zahir dan batin bukan sekadar menyelerakan mengenyangkan tetapi memberi tempat naungan agar yang bermusafir biar tentu tempat pulang kediaman, bergerak dengan aktif cemerlang, bebas tanpa kurungan tanpa masa hadapan bila didikannya tidak menyubur kembangkan budaya berakal, celik jiwa berintelek mahir dengan daya oleh iman, cikgu.


Makanan harus dengan niat memberi kekuatan mewaraskan kesihatan,  mencerdaskan keupayaan melorong dengan cahaya kebenaran, cikgu.

Iman dengan rasa yakin, tidak sekadar basahan di lidah tanpa hadaman di qalbu untuk mudah dicernakan di dalam amali, cikgu.

Kesihatan juga bersama kebersihan bukan semata-mata kecantikan bukan sekadar zahir tanpa batin, sanubari murni jujur membawa kemuliaan, cikgu.


“Kemuliaan itu adalah bagi Allah,bagi RasulNya,dan bagi kaum mukminin yang benar-benar beriman akan tetapi kaum munafikin itu tidak mengetahui.”



Selamat hari guru buat Cikgu Musa, Ustaz Shamsul, Cikgu Kamariah, Cikgu Idris, Cikgu Mustapha Rafaei, Cikgu Abdul Jalil, Cikgu Normah yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuda, Kelang dan Sekolah Kebangsaan Jalan Low Ti Kok, Kajang.

Selamat hari guru kepada Cikgu Zaidah Marjan, Cikgu Norzailan Mohd Nor, Cikgu Abdul Jalil, Ustaz Muhammad, Cikgu Abdul Malek, Cikgu Rohani, Cikgu Abdullah Busu, Ustaz Talib, Cikgu Maimunah, Cikgu Maimun, Cikgu Sujak, Cikgu Norizam, Cikgu Kamil Juseh, Cikgu Hafiz Kampo Radjo, Cikgu Rahim, Cikgu Halimah, Cikgu Zainon, Cikgu Noraziah, Cikgu Ramizah yang pernah mengajar di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang.

Selamat hari guru kepada Cikgu Syarifah, Cikgu Alias, Cikgu Adnan Nawang dan guru ekonomi serta geografi yang pernah mengajar di Sekolah Menengah (Lelaki) ACS, Jalan Raya Barat, Kelang.

Agar roh-roh allahyarhamhu dan allahyarhamha guru-guru beragama islam yang pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Perempuan, Jalan Bukit Istana Kelang memperolehi kedudukan yang baik di sisi Allah Taála.

Juga ditujukan selamat hari guru buat guru akidah, quran dan bahasa arab ku Ukht Najlah, Ukht Salma, Ukht Najwa,  Ukht Farida, Ukht Reema, Ukht Sanaá, Ukht Rehab, Ukht Amani, Ukht Marwa, Ukht Heba, Ukht Rameeza, Ukht Amal, Ukht Fatimah dan Ukht Nahlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan