Isnin, 15 Jun 2015

Langit Dunia Akan Terbuka Lalu Teroponglah Oleh Mu Cakerawala

Mengapakah berpuasa walau telah berdekad- dekad Ramadhan itu silih tiba dan pergi?

Mengapakah berpuasa meski telah berkurun-kurun Kekasih Allah (sallallah hu alaihiwassalam)  itu pergi tanpa kembali lagi?

Rindukah yang terbit atau rasa keterpaksaan bila malu andai diketahui tidak berpuasa tanpa uzur syaraei?

Resahkah yang dihela pabila beramai-ramai roh-roh allahyarhamhu dan allahyarhamha datuk, bapa, uwan atau nenek dan ibu-ibu kembali berziarah kepada mereka yang pernah dikasihi tetapi telah dilupai?

Mengapakah berpuasa dalam jam-jam yang diedarkan oleh bulan dan matahari?

Hibakah yang tiba atau sayukah kerana rindu itu masih tidak menjelma meskipun entah esok atau lusa Ramadhan itu muncul menepati janji?

Sabda Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam yang diriwayatkan oleh Muslim dan Bukhari

"Tibanya Ramadhan nanti pintu-pintu langit akan terbuka dan pintu-pintu neraka akan tertutup."

Dari Abu Hurairah radiallah hu anhu yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan At-Tarmizi

"Pada malam pertama bulan Ramadhan terikatlah para syaithan dan jin-jin dengan tertutupnya pintu-pintu neraka apabila pintu-pintu syurga dibiarkan terbuka. Terdengar nanti seruan, 'wahai orang yang berbuat kebaikan mendekatlah kelian, wahai orang yang berbuat kejahatan undurlah (tangguh) kelian. Sesungguhnya Allah memiliki ahli neraka yang dibebaskan sepanjang bulan Ramadhan.'



Ramadhan berbicara tanpa bahasa kepada ummat Muhammad sallallah hu alaihiwassalam :

Kuatkan kesabaran kelian dalam meniti hari-hari ku pada setiap detik

Apabila solat taraweh itu menanti berdirinya kita kerana niatnya

Solat taraweh itu ingin melihat kita qiam oleh tamakninah pada ketika rukuk, iktidal dan sujud sebelum bertasyahhud kerana nilai lafaz makhraj pada fatehah dan ayat-ayat bacaan surah mendenyutkan qalbu untuk membangunkan roh-roh dan batin serta seluruh panca indera kita...


Berdoalah pada ketika-ketika kita ingin berbicara dengan Ar-Rabb

Agar kita dipimpinNya untuk mengetuk pintu-pintu syurga dan membina jarak yang sangat jauh dari medan neraka

Inilah saat-saat ummat bersatu untuk bersama-sama beristighfar, bertahlil oleh ucapan syahadah, tasbih, taázim, tahmid dan haukalah di samping selawat...

Bersedekah dengan keupayaan menyediakan hidangan iftar walau sebiji khurma ...


Alhamdulillah masih ada rezeqi untuk kami menanti Ramadhan lagi, insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan