Khamis, 15 Mac 2012

Demi Anak-Anak



14 hb Mac 2012


Kembali berulang kitaran yang sememangnya lazim beredar.


Apakah sumbangan wanita terhadap pembangunan sukan?




Dia diam dan membiarkan saya menjawab sendiri pertanyaan yang sejak awal tahun lagi dikumandangkan.




Saya ingin mendapatkan sudut persepsi seorang wanita muslim kerana pandangan dari persepsi wanita secara amnya telah diketahui. Saya mahukan pandangan wanita muslim yang mukmin dan wanita yang beragama.




Bilakah catatan-catatan lama mu tentang semua ini mahu disiapkan?


Cemuhannya tidak sukar difahami.


Mengapakah kejayaan gadis muslim arab Bahrain disepikan sedikit masa lalu pada Kejohanan Sukan Asia?
Tidakkah dikau berasa bangga dengan wanita mu? 
Tidakkah wanita sendiri mengamalkan diskriminasi gender sesama sendiri hanya oleh pilihan berpakaian?




Majlis Ulamak Se Dunia tidak memperlihatkan fokus untuk membantu keuniversalan syariat dipergunakan di dalam setiap sudut aktiviti yang semakin banyak mekanisme kesempatan untuk diberdayakan cara berpakaian muslimah, antaranya menerusi sukan.




Mengapa ya?




Ulamak tidak ada dari kalangan wanita. Dia bersuara tiba-tiba.




Alasan mu boleh diterima.




Lingkaran budaya dan adat resam masyarakat arab sendiri yang  tidak mudah menerima wanita sebagai pemimpin telah menjadi antara cabaran yang meninggalkan kesan kepada dunia yang terpaksa memberikan sandaran pembangunan sukan wanitanya kepada wanita bukan muslim dan anikaragam pada seni berpakaian kekal tidak terubah apabila kemuliaan wanita dijadikan sensasi untuk dighairahkan.




Apakah masyarakat ku kekal mahu menjadi hanya sekumpulan ras yang terpinggir dan terasing serta terpisah dari kelompok besar masyarakat Asia tatkala hala pandang tujuan fokus lebih terarah kepada kepimpinan ras lainnya yang lebih berwibawa? Begitukah maksud mu thanaif?




Adakah GCC dn OIC serta Liga Arab gagal menyedari suara organisasi ini kurang didengari sebagai pemangkin yang memberdayakan ummat?


Di manakah peluang dan kesempatan untuk diuniversalkan syariat di tengah krisis dan dilemma konflik ummat dan dunia saat terlalu banyak masa, wang,  dan tenaga dihalakan kepada aktiviti 'ekstrimis, militan, radikal dan pengganas'?


Bukankah Ustaz Osama bin Laden telah dibunuh?


Bukankah Tuan Presiden Sadam Hussien telah dibunh?


Bukankah Tuan Presiden Muammar Ghadaffi telah dibunuh?


Dan kesemua diktator telah diturunkan dari kuasa?




Siapakah di antara organisasi dan individu serta komuniti yang memodeulkan konsep ekstrimis setelah berakhirnya dekad yang melahirkan perang guerilla dan serangan berani mati di kalangan wanita masyarakat arab (saya lupa nama penuh Leila yang terlibat dengan serangan berani semasa krisis Israel dan Palestein)




Adakah kerajaan juga turut melakukannya tatkala hala pandangan tertumpu kepada kegagalan Amerika dan Britain mengubah pandangan mereka terhadap kebebasan amalan demokrasi di kalangan negara-negara muslim walau pun pemerintah diktator telah diganti?




Bukankah kerajaan bertanggungjawab ke atas Undang-Undang Media dan kawalan yang dilakukan telah mengurangkan dasar terbuka dan menutup kesempatan untuk menolak, menafikan sifat pendusta Pendajjal?




Bukankah kerajaan juga yang mengawal dan menyelia sistem 'Integrated Database Management' yang dikendalikan oleh satelite?


Apa usulmu?




Pembindaan terhadap keanggotaan Majlis-Majlis yang diorganisasikan menurut isu semasa dunia melumpuhkan kasih sayang ummat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan