Khamis, 15 Mac 2012

Kaki Siapa Menjadi Tempat Kita Berdiri?


22 hb Januari  2012


Secara peribadi kami sekeluarga mempunyai empat komputer riba di mana hanya satu sahaja yang boleh diakses ke internet menggunakan wi fi (Vaio Sony), manakala tiga lagi tidak boleh diakses kerana bermasalah (Toshiba 1 & 2 dan Mini Compaq)


Kelemahan Mini Compaq ialah catatan-catatan lama tidak boleh dikemaskinikan apabila catatan mahu ditambah dan dibetulkan ejaannya.



Termenung kerana banyak catatan di ketiga-tiga komputer riba masih tidak sempurna pencatatannya dan kedapatan banyak gambar-gambar yang masih belum dipindahkan ke dalam hard disk.




Di antara catatan yang ingin diberi penambahannya ialah pertanyaan salah seorang anakku tentang wanita dan sumbangannya kepada aktiviti sukan.



Apakah Qatar upaya melakukan perubahan dari sikap dan proses membina nilai? 



Tiba-tiba ini yang muncul tertanya di minda saya.




Apakah sumbangan wanita terhadap pembangunan sukan?


Apakah sejarah mencatatkan perubahan yang telah dimainkan oleh wanita selain pencapaian kejayaan merangkul pingat emas, mencatat rekod dunia dan mengharumkan nama negara?





Adakah 2022 upaya meletakkan batu asas kepada cabaran wanita sebagai pemangkin keamanan dunia dan alamnya?


 Siapakah wanita Teluk?

    Bagaimanakah lingkaran yang membina sikap wanita itu sendiri:   
                                                                                                                      Keluarga?
Budaya?
Pendidikan?
Persekitaran?
Sosiologi dan Fisiologi?
Agama dan Falsafah?
Ekonomi dan Politik?
Sains dan Teknologi?

Adakah semua perkara di atas memberikan kesan kepada cabaran kehidupan mereka?


Mengubah sejarah rintangan dan halangan yang didepani oleh wanita khususnya wanita muslim apakah selama ini berjaya ditangani oleh majlis Ulamak Islam Se Dunia dan majlis Ijtimak bagi negara di dunia Teluk?

Kegagalan melakukannya adakah menjadi alasan untuk barat dan masyarakat bukan muslim menentukan arah dan fokus untuk wanita di dunia muslim memberdayakan pembangunan diri mereka sendiri?

Sediakah diterima kegagalan ini sangat merendahkan persepsi umum terhadap wanita itu sendiri?



1  Siapakah yang upaya dan bersedia membetulkan salah anggapan barat dan masyarakatnya terhadap muslim dan wanita muslim itu sendiri tatkala wanita di dunia Teluk dan di dunia muslim sendiri  menzahirkan kehilangan jati diri mereka berperibadi? 
                              
Dalam hal ini kita perlu meminta dunia yang berada di luar lingkaran dunia muslim memahami bagaimana kita tidak meletakkan sasaran kesalahan kepada pihak mereka sebelum melihat kelemahan diri kita sendiri sebagai muslim.


    Bagaimanakah institusi kekeluargaan upaya turut mendapat fokus dan perhatian wanita menerusi acara sukan tatkala pakaian tidak dibenarkan menjadi identiti bagi peserta wanita muslim. Apakah Asia Barat/Timur Tengah juga mahu dilihat sebagai orang barat?


    Bagaimanakah Wanita dan Kekeluargaan menjadi tema kita berolahraga dan beraktiviti di dalam acara sukan? Adakah persepsi Presiden FIFA turut menjadi penentu bagi wanita menyumbangkan pengisian kepada hak yang mencerahkan makna emansipasi wanita?


    Adakah media upaya mengambil sikap tidak bias gender terhadap penglibatan wanita muslim khususnya kaedah berpakaian wanita muslim yang membina imej identiti beragama mereka? Dalam hal ini media perlu mengambil tanggungjawab bahawa mereka menjadi antara pencetus kepada kerugian ummah setelah fokus utama mereka hanyalah tentang isu-isu murah yang tidak membina maksud kepada moden dan berperadaban oleh matlamat untuk disensasikan ahli sukan/peserta sebagai model yang dimiripkan seperti artis untuk menjadi model bagi peragaan pakaian dan jenama.



Saya pasti kenalan 'di udara' yang tidak dikenali semakin ingin menjauh diri dari saya.







1 ulasan:

  1. Seseorang dari Syarikat Technology (India) meninggalkan pesanan di sini dan telah dipadamkan. Saya tidak memerlukan promosi sesiapa untuk menjadikan blog ini dibaca kerana sememangnya ianya dicuri kerana undang-undang bagi membenteras plagiat sememangnya disediakan untuk 'khalayak seniman dan eliet' supaya mereka tidak dihukum atas dasar 'caring is sharing'. Ianya benar-benar membuatkan saya berasa bodoh apabila berada di kalangan intelektual dan petugas NGO atau sesiapa sahaja yang mendakwa mereka pembela di kalangan pengamal media - sebenarnya pencuri ini dibela oleh penaja yang menjadi pelabur untuk mendapatkan kejayaan dan keuntungan. Mahalkah nilai sebuah ijazah semahal bayaran yuran pengajiannya?

    BalasPadam