Rabu, 9 November 2011

Apabila Harapan Saya Ialah Allah/ When My Hope Is Allah

Kepercayaan jangan disia-siakan.

Ia merugikan bukan hanya diri sendiri malah lingkungan persekitaran yang membina kepercayaan itu sendiri.

Sukarkah membina kepercayaan? Ia tidak semudah menghilangkan kepercayaan.

Isunya siapakah yang mempersaingkan nama pena saya dan siapa yang menghack dengan muka tanpa malu untuk mengundang  persaingan?

Adakah saya bersaing dengan sesiapa?

Tidak ada tetapi kamu yang merampas semua hak dan kebebasan untuk dijadikan interaksi siber sebagai medan berkomunikasi.

Siapa yang menalefon kami waktu kami sibuk di luar rumah bagi mendapatkan pengesahan mengenai akses ke tv internet kami jika bukan petugas dari syarikat telekom?

Siapa yang mendengar perbualan kami sekeluarga?
Siapa?


Apabila memperkatakan kepercayaan, siapakah yang mencirikan kepercayaan?
Orang lain dan pihak lain dan bukannya kita sendiri?


Misalnya bolehkah hanya dengan hanya melihat gambar sudah diketahui personaliti seseorang tanpa wujud perbualan?

Pelik.

Mereka yang pernah tinggal sebumbung lebih dua puluh tahun masih belajar untuk memahami di antara satu sama lain ( di dalam hal ini  sudut kelemahan dan kekurangan diri tidak dijadikan isu selain mencari alasan mengapa keadaan seperti itu perlu kekal) lantas sukar diterima realiti hanya dengan memandang  gambar sudah mampu untuk membuktikan nilaian kita terhadap seseorang itu benar.

Kita tidak akan mengenali seseorang hanya melalui personalitinya sahaja atau memandang gambarnya sahaja sudah diketahui sikap dan tabiat seseorang.

Kita hanya berupaya mengenali seseorang itu apabila kita tinggal sebumbung dan berbicara serta saling berinteraksi.


Ini masalah apabila terlalu bergantung kepada akses dan dibantu sepenuhnya oleh medan-medan lisan yang dikawal setelah didominasikan.


Nah anda mahu menjanakan kebebasan tanpa sepenuhnya dikategorikan kebebasan dari sudut mana yang mahu diberikan kepada media yang para penjawatnya makan gaji dan dibayar upah.


Mereka tidak ada kebebasan.


Media tidak ada kebebasan berbanding orang yang mengenali hak dan beramanah kepada hak itu untuk berasa bebas bersuara berfikir bertindak dan tidak perlu berasa bimbang pada kesan dari suaranya.


Bukan memperlihatkan kemaluan atau buah dada atau saiz penis itu yang dikatakan kebebasan kerana memahami hak.


Ini kepercayaan lapuk apabila negarawan yang dianugerah ‘Sir’ juga sedia memperlihatkan ponggong dan kemaluannya.


Ini bukan kebebasan.


Catatan peribadi buat komuniti yang tidak dikenali:

Jika saya seorang rakyat Amerika saya memilih untuk mengundi calon dari parti lain selain Republican atau Demokrat.


If I am American – I will vote on others party and not Democrat or Republican.


What a pity for American do not have alternative when they want to have a change. J



Tiada ulasan:

Catat Ulasan