Selasa, 22 November 2011

Sayakah Yang Buta Huruf, R?


Beberapa mini laptop saya seperti telah disengajakan untuk tidak boleh menyambung catatan atau menambah, meminda, membetulkan ayat serta melupuskan catatan terdahulu yang masih tersimpan di dalam fail-fail peribadi di microsoft word.


Microsoft juga tidak dapat berfungsi.

Saya ingin R mengetahui masalah ini tatkala dia sudah semakin jauh dari memahami kerumitan saya pada hari ini ketiadaan pembelaan untuknya masih menghantui fikiran saya.


Jikalah dia muslim seperti saya setiap saat mengingatinya saya akan membacakan fatihah agar dia beroleh kedamaian namun apalah daya saat ini masih kekeliruan utuh menjadi halangan untuk muslim seperti saya difahami.


Ingin saya nyatakan padanya bahawa saya semakin kerap tertanya sejauh manakah kerasionalan masyarakat arab sendri terhadap konflik yang mendilemmakan minda apabila kini seluruh dunia menggunakan kesempatan untuk mengkondem individu atas sifat diktator dan sifat yang digelapkan oleh kecelaruan yang mewatakkan ciri profesional pemimpin-pemimpin mereka seperti yang dilakukan ke atas bekas Presiden Iraq dan Libya.


R, 
Saya tidak pasti apa ujarmu jika dikatakann bahawa mereka telah berjaya berkongsi kegembiraan di atas pembunuhan Bin Laden yang tidak ada kaitan dengan keinginan kita menjadikan dunia ini bebas dari konflik bukan semata-mata tiada peperangan.


Saya juga tidak tahu bagaimana mahu dijelaskan dakwaan yang mengatakan bekas-bekas Presiden itu telah menterjemahkan penentangan kepada dasar-dasar luar Amerika dan Kesatuan Eropah dan sekutunya terhadap harta negara mereka.


Saya juga tidak pasti untuk bertanya kepada siapa, apakah sememangnya rakyat di kebanyakan negara Teluk masih berada di bawah paras celik intelek walau pun berpendapatan di atas garis kemiskinan sehingga menjadi kelaziman pemimpin mereka menaburkan kekayaan di pelusuk benua.


Sungguh R, saat ini saya terfikir adakah proses membasmi buta huruf memadai dengan menempatkan medan hiburan di tengah-tengah kemelut zaman dituntut agar memenuhi pengisian kebangkitan ummah.


Adakah saya keterlaluan R, tatkala berasa tidak relevan untuk menjadikan tuntutan agar wanita Saudi dibenarkan memandu kenderaan sebagai perjuangan tatkala contoh teladan sangat sukar dilihat pada isteri-isteri raja-raja Saudi untuk diikuti oleh rakyat di dunia muslim.


Dikau katakan saya terlalu berani R?

Saya bukan seperti rakan-rakan kongsi jelitawan Saudi dan arab R, yang perlu memuja dan memuji serta menyatakan benar sahaja walau ke atas isu yang tidak upaya dinilaikan sebagai pendidikan kepada wanita-wanita yang mempunyai kekayaan itu. 


Mereka tidak ada keberanian seperti kita, bukankah begitu?

Saya terdengar suara mu berujar dari jauh.


Bukan semata begitu R, membenarkan wanita memandu sebagai perjuangan mu wajar diabaikan tatkala keluasan kilo meter persegi Saudi amat berbeza dengan Qatar dan UAE juga Oman yang memunasabahkan wanita memandu.

Jarak tempuh perjalanan perlu diberikan perhatian kerana ia menjadi jaminan keselamatan bagi wanita yang harus menggunakan kenderaan awam dengan kewujudan pemandu teksi wanita.


Apakah makna buta huruf yang ingin saya fokuskan dihayati oleh mereka? Saya hanya mahukan agar moden zaman mellinium ini wajar mengkategorikan individu penghutang yang menanggungnya seumur hidup sebagai buta huruf. Namun ianya terhalang tatkala wanita di dunia arab sekadar celik untuk keluar dari lingkaran buta huruf dengan aktiviti sosial bagi mendapatkan dana kebajikan dengan menjadi penaung yang kreatif meragamkan pelbagai versi bagi menampilkan bintang-bintang yang semakin tidak berhala fokus terhadap makna masa hadapan di dalam berinovasi di dunia baru yang kekalnya di akhirat?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan