Khamis, 31 Mei 2012

Catatan Luka Di Doha


Catatan 29/May/2012


Kami anak beranak masih terkejut dengan kejadian kebakaran yang berlaku di Villagio semalam (28 haribukan Mei 2012).


Kejadian dikatakan berlaku pada jam sebelas pagi waktu Doha.


Anak sulong yang pada ketika itu masih tidur secara tiba-tiba bangun terpisat-pisat sambil memberitahu Villagio terbakar dan meragut satu nyawa setelah dia membelek BlackBerrynya.


Waktu itu hampir pukul satu tengahari.


Bergegas adik-adiknya mencari berita di televisyen dan saya mendengar laporan berita jam satu tengahari dari radio.


Tiada maklumat informasi mengenainya.


Menerusi pelayaran internet dari Ipad informasi dan gambar dapat diikuti sekitar jam satu sepuluh tengahari.


Kami menunggu laporan berita dari televisyen.


Sehingga jam tujuh malam anak gadis saya berteleku di hadapan kaca televiseyn mencari laporan mengenainya setelah mengakses Ipod yang melaporkan pada jam enam setengah petang sidang akhbar akan dilakukan.


Saya mendengar laporan berita dari Qatar Broadcasting Corporation jam lapan malam. Masih tiada laporan disampaikan.


Saya berasa kecewa dengan makna hub media yang diwarwarkan mempunyai keberdayaan menjadi penginformasi oleh medium telemedia dan multimedia oleh pantasnya jaringan komunikasi  yang disistemkan oleh kemampuan satelit oleh pengaksessan 'global positioning system'.


Media tidak berfungsi dengan tepat walau pun gah didakwa ianya menjadi ejen penginteraksi utama komunikasi antara lokasi dan aktiviti masyarakatnya. Villagio tidak jauh dari kediaman kami. Menara Aspire boleh dilihat dari tingkap rumah kami.


Meski pun menerusi anak ke tiga kami dapat mengikuti laporan dari laman website DohaNews yang mengemaskinikan laporan melalui berita bergambar dan bualan twitter mengenai kemalangan yang dikatakan meragut sembilan belas nyawa, ia tidak berjaya memadamkan imej sebenar bagi media dan telekomunikasi yang sifat komersialnya perlu dilunasi oleh kepentingan politik.


Kami amat terkejut. Ia mungkin sama dengan apa yang dirasakan oleh mereka yang berada di Qatar.


Laporan dari individu awam yang lebih pantas dengan akses percuma amat dihargai. Sementelahan mereka tidak diberikan upah untuk melakukan dan menyiarkan rakaman dan pandangan.


Soalnya apakah kemalangan ini juga sebahagian dari 'permainan' setelah masyarakat keterlaluan dijadikan bahan untuk berealiti pada imaginasi dokongan seni hiburan oleh keluasan jaringan hubungan? Atau masyarakat moden sememangnya dibina bentuknya dari sifat komedi dan jenaka? Semangat inikah yang dibenarkan menjadi ciri dan identiti bagi masyarakat mellinium?


Sepanjang hari Isnin itu media di radio dan televisyen seolah-olah  tidakk memperlihatkan rasa simpati dan berkongsi kesedihan dengan korban yang dimaklumatkan terdiri dari kanak-kanak warga asing.


Suasana pada media seperti sedang bergembira dengan temasya meraikan 'kematian'. Sepanjang pukul satu tengahari sehingga malamnya irama 'funfare'  berkumandang di talian gelombang dan frekuensi.


Sejak kebelakangan ini saya berhadapan dengan rasa tidak percaya yang sukar dinyatakan asas kewujudannya apabila berada di medan yang diinteraksi oleh internet dan gelombang.


Apakah dunia ini dikecilkan oleh gelombang ini juga diagendakan berikutan kemahuan mewujudkan pemerintahan ala 'govertment eletronik oleh kemudahan capaian tinggi bagi persekitaran yang dikondusifkan penginteraksiannya?


Bagi memastikannya saya dan anak-anak memandu ke Villagio. Kesesakkan jalan raya ditemui. 


Pada mata kami melihat baki sisa tinggalan asap dan bau hangit kesan pembakaran dapat dihidu.


Benar. Kejadian itu benar-benar berlaku.


Bukan buku sahaja wajar dibaca. Kita mulai membaca fikiran. Kita bukan lagi membaca gambar sahaja. Kita perlu mulai membaca perasaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan