Rabu, 23 Mei 2012

Pembaziran Masa

Bagi memprotes 'kelemahan' petugas radio yang hanya menyiarkan irama lagu nyanyian penyanyi lelaki dari album baru sahaja saya melayaninya dengan membuka catatan-catatan lama tahun 2008.


Inilah antaranya :


Tarikh catatan ialah pada 6 hb Jun 2008. Catatan ditulis pada pukul 1135 pagi hari Jumaat.




Agak buntu apabila terpaksa mendengar siaran ulangan program frekuensi yang disiar ulang di saat jalan sudah semakin terang.

Menaakuli rancangan di radio diikuti program seseorang yang amat gemar menjadikan ramalan bintang sebagai slot menyampaikan pendirian.


Sehingga dianggap ia pencetus untuk bermotivasi yang sering tidak dipersetujui kesahihannya.

Diri  kembali menghitung hari-hari era penghijrahan yang memaktubkan berbagai peristiwa penting dari penerokaan dan penyusunan untuk ummat beretika dari setiap suri teladan insan-insan pilihan sebagai utusan.

19 Muharram 1383, bagaimanakah perkiraan penghitungan sehingga diperolehi persamaan hitungan bulan di tahun masihi?

Bagaimana juga hitungan untuk kiraan Keliwoon, Pahe Wage dan Pon yang bersandarkan kepada sumber alam, angin bumi air dan api?

Wahai Qamar, Athorid, Zuhrah, Zuhal, Marikh, Musytari juga Syams, bagaimanakah kejadian bumi di hari Ahad ia diciptakan, hari ke dua Isnin pasak bumi dari dataran tinggi gunung-gunung ditegakkan, hari ke tiga Selasa tumbuh-tumbuhan di hijaukan, hari ke empat Rabu langit dibentangkan, hari ke lima Khamis bulan matahari dan bintang-bintang digemerlapankan, hari ke enam Jumaat Malaikat dan Nabi Adam diwujudkanm sehingga bilangan tujuh menjadikan segalanya …

BOLEHKAH GELOMBANG INI TIDAK DIGANGGU?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan