Rabu, 9 Mei 2012

Cuka Itu Masam Bukan Manis



Sejak menggunakan fibre optik di rumah, akses ke internet laptop riba kegunaan peribadi di rumah berhadapan dengan masalah. Sesekali ianya terganggu terhenti dan hilang proses-proses memuatnaikkan catatan, menyimpan, membuang atau menambah gambar serta catatan di blog-blog peribadi.


Saya bukan tinggal di Ar Rayyan atau di Al Khor, bukan tinggal di Matar Qadeem tidak tinggal  di Al Mansoura atau di Mesaieed atau bukan menetap di Al Ghafara. Saya tidak tinggal di West Bay, bukan di Dukhan tidak tinggal di Al Wakrah tidak pula pernah tinggal di Ras Laffan bukan juga tinggal di Al Saawa Road di industrial area.

Saya tinggal di 6 Villa 30 – lorong Lezaireg Al Maamoura.
Walau pun kesemua wilayah ini beribu negerikan Doha tetapi kawasan permukimannya berjauhan di antara satu sama lain.

Tiba-tiba saya mencari wajah orang melayu yang dikenali di Qatar ini. 

Ahhhhh tidak ditemui di facebook atau mana-mana interaksi internet. Rasanya cuma ada kurang dari sepuluh wajah orang melayu yang saya kenali. Hanya ada antara enam dan tujuh orang sahaja yang benar-benar boleh dinyatakan sebagai orang melayu yang saya kenali  dan pernah bertegur sapa dengan saya untuk ketika ini. 


Lalu saya kekal berolok-olok berbual-bual dengan orang bukan melayu di Qatar.

Inilah perbualan itu :

 
Wujudkah rampasan kerusi di kalangan marhaen terhadap kerusi para perwakilan dan wujudkah perebutan jawatan di kalangan marhaen awam terhadap jawatan pesara kerajaan dan pesara swasta yang diharakikan tatkala penjawat yang berjawatan dan berpendapatan masih memegang jawatan di sektor kerajaan dan swasta?

Adakah kesemua anak-anak kita memasukki kolej dan universiti untuk diaktifkan aktiviti mereka?

Apa khabar pula bagi anak-anak kita yang melalau ke hulu dan ke hilir dalam usaha untuk memberdayakan diri mereka?

Mereka ini mempunyai skil dan kemahiran tetapi tidak memenuhi kelayakan dan syarat.

Jangka tempuh pendidikan selama tujuh belas tahun di Malaysia dengan piawaian disiplin sebagai sistem berperaturan yang memudahkan interaksi persekitaran dilakukan oleh jalin hubung dua hala yang kini menjadi asas berkomunikasi tanpa bersua wajah tidak berkenal rupa, bagaimanakah didepani?

(Adakah bohjan, bohsia dan pondan mendapat perhatian tatkala mereka tidak diaktifkan untuk menyedari kelemahan mereka tidak upaya dibantu sekiranya mereka sendiri tidak mahu menyedarinya) 

Tiba-tiba pengkalan emosi saya bertelepati sendirian. Istilah-istilah ini tidak dikenali oleh masyarakat antarabangsa walau pun cara hidupnya dijadikan lazim di dalam melakar budaya masyarakat moden.

Semua rakyat wajar berpendapatan?
Anak-anak di universiti dan kolej menambahkan hutang ibu bapa mereka … apabila mereka tidak mendapat pekerjaan selepas mendapat ijazah.

Anak-anak yang tidak di kolej dan di universiti dibenarkan menjadi 'pencuri?
 
Mengawal pertambahan penduduk dengan mengeluarkan lesen pelacuran?
Ia sifir yang silap.

Menggunakan kondom dan palstik tanpa perkahwinan?
Ia juga sifir yang silap.

Barat tidak memerlukan agama dan budaya.

Timur pula di sesetengah lokasinya masih kekal memegang kukuh agama dan menjadikan budaya sebagai adat atau sempadan bagi mengukuhkan JATI DIRI mereka berperibadi.

Isunya mengapa Amerika dan Eropah juga sesetengah lokasi di Timur masih berasa resah dan gelisah dengan makna dan penghayatan ‘freedom’ hak berasasi sesetengah muslim yang kekal berjati diri mereka sebagai individu yang beragama?

Tiba-tiba sahaja saya ingin menyatakan kepadanya Apakah Boleh 10 rancangan Barat Menghancurkan Islam  kita semak dan fahami secara bersama-sama dengan mental diplomatik walau pun kita bukan duta?

Duta itu terlalu banyak kerja mereka - mengajar susun santun adab berbicara, berpakaian, bersusila, bersantap, bernafas, berjalan, berdandan, bersosial, ber ahhh ber ber ber yang hanya membuatkan kesilapan wajib dihindari hanya kerana bernama wakil tanpa undi rakyat, beretika kerana berbudi, berstatus kerana jawatan yang bergaji.

Sehingga bila kami akan bermasam muka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan