Khamis, 3 Mei 2012

Jangan Ada Fitnah



Catatan ini dituliskan di laptop Mini Compaq ku pemberian anak sulung kami Ahmad Muttaqin yang bertarikh 10.10.11 :


Suamiku (Lelawati binti Mohd Ali) seorang berbangsa melayu yang beragama islam.

Ir. Harith bin Abdul Hamid adalah seorang jurutera pengkhususan Eletrik dan Kuasa yang turut terlibat menyusun dan menyediakan dokumen bagi kontrak-kontrak penyedian modeul syarikatnya sesuai dengan kapasitinya sebagai juru perunding bagi projek-projek berkaitan dengan ‘Gas Coal Fired Terma Plant’  dengan kerajaan atau ‘vendor’ yang melibatkan turbine gas dan generator serta berkelayakan untuk menguji unit-unit ‘switch gear jenis transformer penggunaan minyak dan gas (dahulu arang batu sewaktu berkhidmat dengan Tenaga Nasional Berhad)  yang melayakkannya menguji ‘equipments at manufacturer’s'.

Suami ku juga seorang yang berkelayakan menjadi ‘Orang Kompeten’ iaitu salah satu jawatan yang bidangkuasanya ialah meliputi pengendalian penyenggaraan kelengkapan untuk penjanakuasaan penghantaran pengagihan penggunaan perlindungan dan permeteran dalam pepasangan eletrik dan pengurusan kecekapan tenaga selain berpengetahuan luas untuk mengesan kerosakan kabel di samping mempunyai pengetahuan asas bantuan kecemasan bagi merawat mangsa kemalangan yang melibatkan renjatan eletrik yang memerlukan dia menduduki peperiksaan kelayakan yang dikendalikan oleh Lembaga Pemeriksaan yang terdiri dari Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah di tenaga Nasional Berhad yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Letrik Negara sebelum ianya diswastakan.


Ujian kecekapan ini hanya diperuntukkan untuk rakyat warganegara Malaysia sahaja.


Sesuatu yang dianggap menguntungkan bagi mana-mana syarikat yang mempunyai Jurutera Eletrik Kompetan atau Juruteknik  Eletrik Kompetan kerana bagi urusan menguji kapasiti tenaga melalui gear suis upaya menjimatkan kos kerana perkhidmatan ini perlu dibayar tinggi jika dikelolakan oleh Jurutera yang diupah bagi mengendalikan urusan ujian alat dan radas pepasangan eletrik.

Suamiku seorang jurutera professional yang berstatus IR yakni Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera-Jurutera Malaysia. Suami ku juga menjadi ahli berdaftar kepada Institution of Eletrical Engineers sebuah badan professional bagi mengiktiraf keupayaan kemahiran lulusan eletrical dari Great Britain.

Kecekapan ini upaya menjadikan suamiku diperakui juga untuk kerja-kerja sebagai seorang Penyelia Eletrik merangkap tugasnya sebagai seorang Jurutera Eletrik yang upaya menguji pepasangan melebihi 11,000 volt atau lebih bagi tenaga yang melalui gear suis.


Secara umumnya saya mengikuti jejak berintelek suami walau pun saya seorang wanita yang tidak berkelulusan universiti kerana memahami bidang tugasnya yang terpaksa berhadapan hampir 95% dengan komputer bagi kerja-kerja ‘design engineering’. Dengan sendirinya secara tabiat semula jadi sifat praktikal yang cenderung untuk melihat memerhati mengamati perlakuan suami menjadi kemunasabahan akal diri ini untuk menerima ‘kelakuan’ jiwa dan nurani hati seorang jurutera eletrik yang seluruh harinya bertugas secara bersendirian kerana berhadapan dengan mesin-mesin yang perlu dikawal senggaraannya.

Kitaran edar pengagihan arus dan gelombang saya taakul secara rahsia. 

Naluri insan yang berjiwa  banyak membantu untuk difahami watak dan bina sikapnya.




Ini antara kekuatan produk negara kami yang mempunyai perincian butir-butir piawaian yang standart untuk dikembangkan potensi kemahiran kami di dalam berbagai bidang industri pembangunan dan penyelidikan manusia sebagai sumber.


Inovasi teknologi kini turut melibatkan pemikiran yang mempunyai hubung kait dengan pembangunan yang lebih menjurus kepada pembinaan insan yang beretika dengan moral yang dicirikan oleh ahli-ahli syurga.





Kami sering bersikap serius walau pun wujud perbezaan dari sudut minat dan kecenderungan di mana saya tidak gemar menonton televisyen pada masa lapang dan tidak menonton siri-siri komedi dan hiburan melainkan apabila menemaninya dan anak-anak menonton.


Kami sering bersikap serius. Wujud perbezaan dari sudut minat dan kecenderungan di mana saya tidak gemar menonton televisyen dan tidak meminati siri-siri komedi dan hiburan melainkan apabila menemaninya dan anak-anak menonton. 


Kami telah berkahwin selama dua puluh tiga tahun dan pernah mengalami ujian lazim sebagai suami isteri.


Wujudkah manusia yang sempurna?


Lalu apakah isunya jika kami sendiri tidak berasa kelemahan dan kekurangan diri wajar menjadi halangan untuk kami bersama membesarkan anak-anak yang mempunyai ragam dan karenah serta isu-isu mereka tersendiri sebagai remaja untuk didepani?












Tiada ulasan:

Catat Ulasan