Rabu, 20 Mac 2013

Neuro Sains 2?




Pagi itu sewaktu suami dan anak-anak masih tidur saya berhadapan dengan lelaki jiran di villa bernombor lima di sebelah kiri villa kami.

Kami tidak sedar bila penyewa di villa ini menjadi jiran kami kerana tidak pernah kelihatan sesiapa untuk dikenali sebagai penyewa kecuali seorang lelaki sahaja yang sentiasa kelihatan berada di villa ini setiap masa.

Saya menduga mungkin dia adalah pembantu rumah yang bertugas membersihkan villa di samping memasak untuk majikannya yang tidak dikenali kerakyatannya.

Lelaki ini juga kelihatan sering bersama dengan pekerja-pekerja yang dinyatakan sebelum ini.

Barulah pada pagi itu saya mengetahui kerakyatannya ialah dari Nepal setelah mendengar dia berbicara dengan petugas yang saya minta membersihkan selut dan lumpur kering yang ditinggalkan oleh kenderaan majikannya yang menjadi jiran kami.

Hampir dua minggu kenderaan jiran kami itu diletakkan di petak yang sejak awal lagi digunakan untuk meletakkan salah satu kenderaan kami di situ.
Selaku penyewa yang lebih awal yang menyewa berbanding jiran kami itu, kami berangapan dia wajar menghormati hak kami tanpa membiarkan petak meletakkan kenderaan yang bersebelahan dengan villanya terbiar kosong apabila bercuti.


Benar kata Schaopenhauer  hampir kesemua kedukaan manusia bersumber dari hubungan kita dengan orang lain tatkala Imam Ghazali menganjurkan berkenalan dengan niat yang baik ialah dengan memberi dan menerima manafaat di dalam bermuamalat apabila wujud hak di antara jiran muslim ke atas jiran yang bukan muslim dan sebaliknya untuk dihormati.


Jiran kami meningalkan kenderannya yang kotor berlumpur oleh selut pasir dari debu akibat hujan yang turun sepanjang awal Disember.

Menjadi kebiasaan saya membersihkan laman tempat kenderaan diletakkan dan balkoni di hadapan rumah dan di ruang laluan bersebelahan villa nombor 5 kerana debu-debu yang dibawa oleh angin ini sering mengganggu saya.

Unsur dari alam ghaib sering dibawa oleh angin dan saya tidak suka dengan debu yang dibawa oleh angin kerana itu sebaik sahaja kenderaan itu dikeluarkan saya mulai membersihkan selut berlumpur yang ditinggalkan oleh kenderaannya.

Saya himpunkan lumpur kering itu di petak tempat kenderaan jiran sambil membersihkan petak di tengah dan petak di bahagian villa kami. 

Saya berniat untuk meminta pekerja membersihkannya kerana selama ini saya membersihkan ruang di hadapan sehingga ke bahagian belakang rumahnya tanpa pernah diucapkan terima kasih.

Mengutip sampah dan cerbisan bungkusan, tisu malah sampah plastik bungkusan makanannya yang ditiup angin dari ruang di bahagian dapurnya menjadi kebiasaan saya tatkala pekerja yang membersih kawasan kediaman tidak berbuat demikian ke atas ruang laman villa saya.

Apabila membersihkan laman-laman ini saya menggunakan air dari paip villa kami sendiri yang dibayar oleh suami saya bukan dari paip yang tidak bermeter untuk digunakan secara percuma.

Saya melakukannya dengan ikhlas kerana saya tidak suka debu berhimpun memenuhi laman kejiranan kami dan paling utama pada kesempatan membersihkan laman-laman itu saya membacakan ayatul kursi bagi mengelakkan rohani saya terganggu oleh kehadiran makhluk Allah yang tidak dapat dilihat tetapi berkongsi menghuni alam ini.

Ini berikutan saya pernah mengalami keadaan di mana sebaik sahaja tiba di salah satu pusat pengajian, tatkala saya baru sahaja memasuki perkarangannya, saya mendengar suara wanita memanggil nama saya.
Berkali-kali laungan nama saya dijeritkan persis suara salah seorang rakan kelas saya. 
Tatkala saya hampir keluar semula bagi menjawab panggilan itu seorang pekerja wanita yang bertugas sebagai pembersih bergegas menegah saya dari berbuat demikian dengan menegaskan tidak ada sesiapa yang memanggil nama saya.

Benar. 

Makhluk di alam ghaib banyak kedapatan di tanah-tanah arab.
Ia fenomena biasa tetapi sangat merbahaya kepada mereka yang tidak upaya mempunyai asas ilmu bagi memelihara batin dari terjalin interaksi dengan makhluk ini.

Lantaran itu saya tidak suka debu yang dibawa oleh angin.
Biar pun penat saya pastikan laman di luar villa dibersihkan sekali setiap bulan dengan siraman air.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan